INCIDENT IN A GHOST LAND (2018)

4.9
(8)

INCIDENT IN A GHOST LAND (2018)

8/10⭐⭐⭐⭐

Mengisahkan tiga anak beranak, Si Ibu Pauline, Beth dan Vera yang mendapat peninggalan rumah pusaka dari kakak kepada Pauline dan dengan gembiranya mereka berpindah ke rumah tersebut.

Ia sebuah rumah lama yang diwariskan kepada Pauline namun mereka tidak mengetahui yang rumah itu menyimpan sebuah misteri yang sangat mengerikan.

Tiba-tiba satu malam itu, rumah mereka dicerobohi oleh dua orang psiko yang ingin membunuh mereka. Maka berlakulah peristiwa yang paling mengerikan dalam hidup mereka.

APAKAH PERISTIWA YANG MENGERIKAN ITU?

Selepas 16 tahun kemudian, anak-anak Pauline pun telah besar dan masing-masing ada kehidupan sendiri. Beth juga telah berumahtangga. Beth menjadi seorang penulis novel seram. Namun Vera masih hidup dalam trauma duduk bersama ibunya.

Suatu hari, Beth mendapat panggilan dari Vera yang histeria dan meminta tolong. Beth pun risau dan terus pulang ke rumah lama Ibunya. Bila dia sampai rumah ibunya, ibunya nampak normal dan gembira seolah-olah tiada apa yang berlaku. TETAPI, Ini bukan semudah yang kita fikirkan ye guys, segala 360° plot twist dia berlaku disaat ini hanya selepas 16 tahun. Pening min kejap nak fikirkan apa yang berlaku ketika ini!

Tidak boleh terima di akal buat seketika waktu seolah perasaan min dipermainkan! Memang seram psiko!

Lakonan dalam filem ini pun mantap! Seolah-olah wataknya hidup bersama kita. Mana tidaknya, ada beberapa kali babak “JUMPSCARES” yang boleh buat min terperanjat dan terjerit! Hahahah!

Filem ini agak “underated “6.4/10 IMDb tapi itu tidak bermakna filem ini tidak berkualiti. Malah min sangat-sangat menyarankan anda semua yang suka genre SERAM, PSIKO DAN GANAS untuk layan filem ini. Berbaloi dan puas hati dan plot twist dia bagi min memang ⭐⭐⭐⭐⭐!

 

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 4.9 / 5. KIRAAN BINTANG 8

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI