The Whole Truth (Spoiler alert!!)

0
(0)

Title: The Whole Truth

Release date: December 2021

Genre: Horror, mystery, crime

The whole truth bermula dengan kisah sepasang adik beradik Pim si kakak yang cantik dan sangat aktif dengan pasukan soraknya, dia juga sangat cantik. Manakala adik lelakinya Putt seorang yang sering dibuli, kakinya pula cacat memerlukan alat bantuan. Mereka hanya duduk bertiga bersama ibu mereka. Sebelum mereka pergi kesekolah ibu mereka mengajak mereka makan malam untuk meraikan kenaikan pangkatnya di pejabat. Pada malam itu ibu pim yang bernama Mai telah menelefon Pim untuk memberitahu bahawa dia terpaksa kerja lebih masa. Semasa pulang Mai telah mengalami kemalangan. Sehingga membuatkan Mai dalam keadaan koma

Dirumah semasa menunggu kepulangan ibunya Pim dan Putt tertidur mereka terdengar bunyi orang mengetuk pintu rumahnya. Seorang lelaki tua memperkenalkan diri sebagai datuk mereka, ayah kepada Mai. Dia membawa Pim dan Putt ke hospital berjumpa dengan ibunya yang sedang koma. Disitu mereka juga berjumpa nenek mereka yang bernama Wan. Sementara tunggu ibu mereka sedar, datuk dan nenek mereka menyuruh mereka tinggal dirumah nenek dan datuknya. Mereka ditempatkan dibilik yang sama. Bilik tersebut adalah bilik ibu mereka. Kelihatan banyak gambar ibunya ketika muda.

Pada pagi itu mereka sarapan bersama datuknya. Kelihatan sarapan itu seperti sarapan yang ibunya sentiasa sediakan. Putt diberikan susu. Ketika sarapan datuk mereka memberi amaran tentang kesihatan isterinya Wan. Dia menghidapi penyakit dementia. Jika dia kadang – kadang dia akan berkelakuan normal kadang-kadang sebaliknya.

Selepas Pim dan Putt mengambil barang keperluan mereka dan kucing peliharaan dirumah. Putt mengangkat barang masuk ke dalam rumah datuk dan nenek mereka menyuruh. Ketika itu Putt ternampak sebuah lubang yang berada ruang tamu rumah itu. Dia pun mengintai. Dia telah ternampak sesuatu. Selepas makan malam Pim mengatakan kepada datuknya supaya memanggil tukang kerana dia ternampak ada lubang di ruang tamu. Ketika menunjukkan lokasi lubang itu, datuk dan neneknya tidak nampak keberadaan lubang tersebut hanya Putt dan Pim sahaja. Datuknya sangat marah dan naik ke atas kerana cucunya seperti telah menipunya. Dari situ Pim sudah berasa was – was untuk tinggal disitu. Dan berasa curiga adakah datuk dan nenek itu adalah nenek dan datuk mereka yang sebenarnya kerana ibunya tidak pernah menceritakan tentang mereka.

Keesokan pagi, Putt melihat lubang tersebut hilang. Selepas balik dari sekolah sedang putt melepak dia ternampak lubang itu. Lubang itu seperti memanggilnya. Dia mengintai lagi lubang itu kini dia ternampak seorang budak perempuan berlumuran darah dan kemudian memuntahkan darah. Pada malam itu, Pim dan Putt terdengar ada orang menjerit di ruang tamu. Mereka keluar dari bilik. Datuknya menyuruh mereka masuk tidur. mereka tenampak nenek mereka sedang meracau dan menjerit- jerit.

Pada pagi tersebut nenek mereka seperti biasa menyiapkan sarapan dan membeikan susu kepada Putt. Datuknya pula pergi ke balai polis yang menyiasat kes kemalangan anaknya. Rupa – rupanya datuknya adalah seorang ketua pegawai polis. Dia meminta fail kes anaknya. Dan dia mengetahui orang yang melanggar Mai adalah anak orang kenamaan. Dirumah Pim dan Putt melihat lagi lubang tersebut. Lubang tersebut seperti memanggil mereka. Semasa Pim mengintai lubang tersebut dia ternampak seorang budak perempuan sedang merangkak dari sebuah pintu. Dan apabila Putt yang mengintai dia melihat budak perempuan dengan kepala yang sudah berlubang. Pim mahu menolong kanak -kanak tersebut tetapi Putt melarang kerana kanak -kanak tersebut adalah hantu. Sekali lagi Pim mengintai lubang itu dia ternampak kanak -kanak tersebut mengendong bayi.

Ketika Pim mengejutkan Putt untuk pergi kesekolah, pim terkejut melihat darah di baju Putt. Dia meminta bantuan neneknya tetapi neneknya hanya memberi susu kepada Putt. Ketika Pim pulang dari sekolah dia melihat Putt semakin teruk. Semasa mereka sedang tidur bunyi dari lubang tersebut semakin kuat. Pim mengintai lubang tersebut terlihat kanak -kanak perempuan sedang merangkak dan memuntahkan darah dengan banyak. Mereka perasan keadaan didalam lubang itu seperti rumah datuk dan nenek mereka. Sedang mereka berdua berbincang datuk nya pulang dia menutup lubang tersebut dengan almari. Tetapi pada tengah malam almari tersebut jatuh. Sekali lagi mereka ternampak lubang tersebut.

Siapakah kanak -kanak perempuan tersebut? Apakah rahsia yang terjadi sehingga mereka sahaja yang ternampak lubang tersebut? Apakah rahsia disebalik lubang tersebut?

Saksikan “The Whole Truth”

Trailer

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 0 / 5. KIRAAN BINTANG 0

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI