BAD MILO (2013)

5
(3)

KERANA TEKANAN HIDUP, IBLIS TUMBUH DALAM USUS DAN KELUAR MASUK MELALUI DUBUR!”

Min suka dengan filem ini! SERAM, GELI, NGILU, KELAKAR dan sangat-sangat menghiburkan!!

BAD MILO (2013) /MILO JAHAT! – Adalah sebuah filem makhluk ala-ala GREMLINS yang bergenre Seram Komedi menggabungkan unsur-unsur berdarah dan kasih sayang seorang bapa terhadap makhluk yang dilahirkannya melalui DUBUR! Setiap kali sang bapa berada ditahap depresi yang sangat tinggi dan seseorang yang membuatkan bapanya marah, MILO akan memanjat keluar dari dubur sang bapa dan membunuh orang itu tanpa belas kasihan!

Filem ini berfokus kepada Ken Marino yang membawa watak sebagai Duncan seorang lelaki biasa yang mendedikasikan dirinya kepada kerjayanya, namun sentiasa menerima layanan yang buruk dari majikannya. Kemudian bila dirumah dia sering didesak oleh ibunya yang inginkan cucu dan isterinya juga teringin mempunyai anak. Hal-hal sedemikian telah mencetuskan perasaan amarah dan depresi kepada jiwa dan batin Duncan yang terpaksa dia pendam sendiri.

Sehinggalah suatu hari dia pergi berjumpa doktor pakar untuk memeriksa kondisi perutnya kerana dia kerap diserang sakit yang amat sangat di bahagian perutnya dan kemudian mendapati ada sesuatu yang aneh telah tumbuh di dalam ususnya. Namun doktor mengatakan yang kondisinya tidak seteruk mana dan prosedur pembedahan boleh dilakukan untuk membuang “ketumbuhan” tersebut, tetapi dengan syarat yang Duncan perlu mengawal tekanan hidupnya dengan lebih baik kerana jika tidak ia akan mempengaruhi kesihatannya.

Hari berlalu namun Duncan masih tidak dapat mengawal dan mengurus tekanan hidupnya dengan baik dan menyebabkan perutnya juga semakin sakit. Sehinggalah..

Seterusnya apa yang bakal terjadi kepada Duncan? Adakah “makhluk” yang tumbuh dan tinggal di dalam ususnya itu dapat dikawal dan dijaga oleh Duncan akhirnya? Atau MILO akan terus bertindak ganas membunuh sesiapa sahaja yang menyebabkan Duncan marah?

Jom kita layan trailer nya di bawah ini

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 3

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI