V.I.P. (2017) – PSIKOPAT BERMUKA JAMBU

5
(3)

V.I.P. sebuah filem jenayah, aksi, thriller dari Korea Selatan yang cukup genius mampu bermain dengan emosi penonton.

Filem yang dilakonkan oleh Jang Dong-gun , Kim Myung-min dan Lee Jong-suk sebagai pendokong utama.

Filem ini berkisar tentang anak seorang pegawai tinggi tentera Korea Utara yang disyaki terlibat dengan pelbagai kes pembunuhan kejam di seluruh dunia. Agak sukar untuk menahan jejaka kejam tersebut kerana bapanya amat berpengaruh. Bagi menghentikan kegiatan gila sang pembunuh, pihak Korea Selatan, Korea Utara dan interpol masing-masing mengerah tenaga untuk menangkapnya.

Sinopsis mungkin mengandungi spoiler:

Kejadian pembunuhan berantai dan rogol amat menggusarkan.

Gadis-gadis diculik, ditahan, dirogol sesuka hati dan akhirnya dibunuh kejam.

Pembunuh psycho ini adalah anak kepada pegawai tertinggi Korea Utara. Membuatkan penangkapannya amat sukar.

Si pembunuh psycho dan rakan-rakannya galak melakukan jenayah kejam, kerana mereka tahu, pengaruh bapa ketua mereka lebih kuat.

Seluruh dunia mengejar Penjahat ini.

Ada dendam terlindung yang perlu dilunaskan.

Kekejaman bukan hanya melibatkan 1 nyawa, malahan satu keluarga turut menjadi korban.

Tupai yang melompat tinggi, suatu hari pasti tersungkur jatuh.

V.I.P. sangat berbaloi untuk ditonton!

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 3

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI