Jakarta Tenggelam Hilang dari Peta? (BANGKIT – 2016)

4
(2)

“JAKARTA dilanda banjir Tsunami yang bakal menenggelamkan ia dan hilang dari peta dunia!!”

WOW!

Sis kagum dengan filem ini! Filem pertama bertema BENCANA ALAM yang dihasilkan oleh industri perfileman di Indonesia. Harap suatu hari nanti, Malaysia juga dapat menghasilkan filem sedemikian, dimana bagi sis ia cukup banyak memberi inspirasi dan pengajaran kepada kita sebagai manusia sejagat!

Menariknya, kisah dalam filem ini tidak mengfokuskan kesan visual CGI nya seperti mana yang dilakukan oleh filem-filem bergenre serupa dari negara lain. Sesuai dengan tajuknya “BANGKIT“, ia lebih mengfokuskan kepada kisah dan perjuangan hero dan heroinnya. Dan kesemua mereka ini akan bekerjasama untuk menyelamatkan JAKARTA dari banjir Tsunami yang bakal menenggelamkan ia dan hilang dari peta dunia!

Watak-watak utama yang menjadi peneraju dan hero filem ini dan plot penceritaan:

Addri (lakonan Vino G. Bastian), seorang ahli pasukan penyelamat dari BASARNAS yang mula mengalami masalah rumahtangga kerana dia lebih fokus kepada kerjayanya sehingga isteri dan anak-anaknya terasa tersisih darinya. Pada mulanya, Addri dan keluarganya hidup dalam suasana yang cukup bahagia dan harmoni. Namun hubungan mereka mula menjadi dingin apabila berlaku satu darurat ditempat kerjanya dan kebetulan ketika itu anaknya yang mengharapkan kehadiran ayahnya di majlis sekolahnya tidak muncul-muncul. Dan ini telah menimbulkan konflik dan salah faham antara dia dan keluarganya yang mengganggap Addri lebih pentingkan kerjayanya daripada keluarganya sendiri.

Arifin (lakonan Deva Mahenra), seorang pengkaji cuaca di BMKG. Dia inilah orang pertama yang menyedari bahawa Jakarta bakal dilanda bencana besar apabila dia mendapati hujan berterusan lalu ada ribut taufan Laluna dari Australia sedang menghala ke Jakarta! Namun orang atasannya, Tuan Hadi (lakonan Ferry Salim) mengambil sikap acuh tak acuh itu tidak ingin menyebarkan darurat itu kerana bimbang akan menimbulkan huru hara dan panik warga kota sekiranya ia bukanlah seperti yang dijangkakan oleh Arifin.

Denanda (lakonan Acha Septriasa), seorang doktor dan juga merupakan tunang kepada Arifin juga terlibat sama dalam usaha menyelamat warga kota ketika berlakunya bencana tersebut. Denanda dan Arifin juga sepatutnya bakal melangsungkan pernikahan mereka pada hari kejadian itu terpaksa berkorban untuk membantu dan menyelamatkan kota Jakarta, warganya serta orang-orang yang mereka kasihi!

ULASAN RINGKAS

Pada sis, setiap peristiwa, aksi-aksi dan melodrama konflik yang berlaku kepada setiap heronya tersangat menarik dan mencetuskan rasa emosional kita sebagai manusia biasa yang pasti tidak akan pernah lari dari melakukan kesilapan dan bagaimana usaha kita untuk memelihara dan memperbaiki keadaan itu.

Dalam masa yang sama, tidak perlulah kita pertikaikan kesan CGI yang ditampilkan kerana ia sememangnya masih tidak dapat menandingi CGI yang ditawarkan oleh filem-filem bergenre sama taraf antarabangsa dan box office dunia.

Namun sebagai penonton dari Asia, sis cukup berbangga dengan pencapaian produksi perfileman negara serumpun kita ini kerana CUKUP BERANI membawa genre sebegini tanpa memikirkan pulangan keuntungan!

Filem ini dikatakan cukup berjaya dan mendapat sambutan luar biasa di negaranya sendiri. Penghasilan filem ini juga tidak sia-sia apabila ia berjaya memenangi beberapa anugerah; Indonesian Movie Actors Award for Best Children Role (Adriyan Bina), Maya Award for Best Special Effects (Raiyan Laksamana) dan Maya Special Award for Choice Story Idea (Rako Prijanto).

Sis sangat sarankan anda semua tonton filem ini. Ia pasti memberikan impak dan perspektif yang berbeza dari filem-filem bertema bencana yang popular biasa kita tonton.

BERITA BAIK GUYS! FILEM INI ANDA BOLEH TONTON SECARA PERCUMA DI SALURAN YOUTUBE!

Sebelum itu, mari kita layan dulu trailernya.

 

 

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 4 / 5. KIRAAN BINTANG 2

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI