STREAMING HARAM, PENJARA 20 TAHUN

5
(5)

Baru-baru ini warganet riuh apabila Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan mengeluarkan fatwa berkaitan hukum menggunakan perkhidmatan penstriman haram di android box. Pelbagai respon yang diberikan oleh warganet.

Baca di sini.

“HARAMJ*D*H!”-FATWA HARAM, NETIZEN BERANG

Terbaru, Rang Undang-Undang Hak Cipta (Pindaan) 2021 pula dibentangkan di Dewan Rakyat. Rang Undang-Undang tersebut berkaitan kesalahan teknologi penstriman yang melanggar hak cipta.

Anda boleh membaca petikan berita tersebut di bawah.

Kuala Lumpur: Denda sehingga RM200,000 atau penjara tidak melebihi 20 tahun bagi mereka yang melakukan kesalahan berkaitan teknologi penstriman merupakan antara subseskyen baharu dalam Rang Undang-Undang Hak Cipta (Pindaan) 2021 yang dibentang bagi bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini.

Menurut rang undang-undang itu, seseorang boleh melakukan atau memudahkan pelanggaran hak cipta dalam apa-apa karya antaranya dengan membuat suatu teknologi penstriman termasuk untuk dijual atau disewakan serta mengimport suatu teknologi penstriman.

Individu yang melanggar subseskyen itu boleh dihukum denda tidak kurang daripada RM10,000 dan tidak melebihi RM200,000 atau penjara tidak melebihi 20 tahun, atau kedua-duanya sekali.

Rang undang-undang bagi meminda Akta Hak Cipta 1987 itu dibentangkan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Rosol Wahid.

*sumber Harian Metro

Klik link untuk baca berita penuh.

Hmetro.com.my

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 5

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI