LANGGANAN TURUN, UNTUNG ASTRO MEROSOT

5
(4)

Pihak Astro melaporkan penurunan langganan antara punca pendapatan dan peratus keuntungan semakin merosot pada tahun ini.

Anda boleh baca petikan berita mengenai perkara tersebut di bawah.

KUALA LUMPUR: Astro Malaysia Holdings Bhd merekodkan keuntungan bersih lebih rendah RM87.12 juta pada suku kedua berakhir 31 Julai 2021 daripada RM133.64 pada suku sama tahun lalu.

Pendapatannya merosot 2.8 peratus kepada RM1.06 bilion berbanding RM1.09 bilion sebelumnya, terutama disebabkan penurunan hasil langganan dan jualan produk, namun diimbangi oleh peningkatan perolehan pengiklanan serta penjualan hak program, katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Baca Juga Perbezaan Antara Google Tv, Android Tv Dan Android box

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Henry Tan, berkata walaupun keuntungan selepas cukai dan kepentingan minoriti (PATAMI) merekodkan pertumbuhan 10 peratus pada separuh pertama tahun kewangan berakhir 31 Januari 2022, sekatan berterusan dan lonjakan kos kandungan Sukan Olimpik Tokyo 2020 serta UEFA EURO 2020 memberi kesan kepada PATAMI suku kedua.

“Namun, kami berusaha meneruskan pelan transformasi dan wawasan untuk menjadi agregator nombor satu perkhidmatan penstriman terbaik,” katanya.

*sumber Berita Harian

Klik untuk baca berita penuh.

bharian.com.my

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 4

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI