UMMA (2022) FILEM SERAM SUPERNATURAL BARU 2022

0
(0)

“Tiada lagi ungkapan kasih seorang ibu dibawa ke syurga..melainkan hanya dibawa hingga mati.” – ???? (????)

UMMA yang bermaksud IBU dalam bahasa Korea merupakan sebuah filem SERAM MISTERI MISTIK yang dihasilkan oleh Sam Raimi, dibintanginya oleh Sandra Oh bakal ditayangkan pada 18 Mac 2022 ini.

Filem ini mengisahkan tentang Amanda (Sandra Oh) yang telah lama berhijrah ke Amerika dan hidup tenang bersama anak perempuannya di sebuah ladang yang jauh dari hiruk pikuk kota.

Kedatangan salah seorang kerabat keluarganya dari Korea dengan membawa abu mayat ibunya yang baharu sahaja meninggal dunia, bakal menjadi mimpi nyata yang terburuk yang akan mengucar-kacirkan ketenangan hidup Amanda serta anaknya setelah dia membuka bekas abu mayat ibunya.

Adakah ia merupakan semangat entiti jahat lain atau roh ibunya sendiri yang dikatakan penuh amarah bakal menghantui dan menjadi ketakutan nya sendiri??

Apakah rahsia yang cuba disembunyikan oleh Amanda dari anaknya?? Yang pasti, “ia” tidak akan sesekali membiarkan Amanda hidup tenang lagi..

Saksikan trailer nya disini

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 0 / 5. KIRAAN BINTANG 0

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI