JAMES BOND ADALAH MILIK PELAKON BRITISH

5
(5)

Penerbit francais filem ejen 007 James Bond telah menoktahkan segala teka-teki tentang pelakon yang bakal membawa watak ejen 007 seterusnya. Namun segala persoalan belum terjawab kerana yang disahkan hanyalah pelakon yang akan mendokong watakn James Bond seterusnya mestilah seorang pelakon Inggeris dari negara Britain. Demikian menurut Barbara Broccoli penerbit francais filem tersebut.

Selepas Daniel Craig,ternyata pembawa watak James Bond seterusnya menjadi tanda tanya. Ramai yang menyebut-nyebut nama Idris Elba sebagai pengganti tapi sayangnya baru-baru ini Idris Elba telah mengesahkan bahawa dia tidak akan muncul dalam francais filem tersohor tersebut.

Desas-desus mengatakan watak Bond seterusnya akan diberikan kepada pelakon wanita British namun nampak gayanya ramai peminat-peminat filem James Bond menentang idea tersebut.

Semasa ditanya oleh Radio Times mengenai kemungkinan watak ejen perisik 007 akan diberikan kepada pelakon wanita, Daniel Craig berkata “ Jawapan untuk soalan itu sangat mudah, tiba masanya Kita memberi peranan yang lebih baik kepada pelakon-pelakon wanita dan pelakon warna kulit lain” .

Bagi menutup segala spekulasi yang bertebaran, penerbit filem James Bond iaitu Barbara Broccoli telah menegaskan kepada The Hollywood Reporter bahawa yang pasti watak James Bond akan diberikan kepada pelakon British dan pelakon tersebut semestinya seorang pelakon lelaki.

Kenyataan Barbara itu ternyata disambut baik oleh kebanyakan pemina filem James Bond di media sosial masing-masing.

 

 

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 5

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI