Based On True Story “Trial by Fire – 2018”

5
(6)

BERDASARKAN KISAH BENAR

2004, dia dijatuhkan hukuman mati dengan suntikan maut atas tuduhan pembunuhan yang dia tidak lakukan terhadap 3 anak perempuannya yang masih kecil, setelah api membakar rumah mereka di Texas pada 23 Disember 1991.

Cameron Todd Willingham berusia 36 tahun yang tidak mengaku bersalah bagaimanapun terpaksa akur menerima hukuman yang bagi dia adalah sama sekali tidak adil. Dia didakwa lebih mementingkan menyelamatkan keretanya daripada anak-anaknya ketika kebakaran berlaku. Dan ketaksubannya dengan “HEAVY METAL” dan konflik rumahtangga menjadi punca dia kalah dalam pembelaan dirinya.

Kalau baca kisah sebenarnya, kes ini disiasat dengan cara yang agak terburu-buru. Ketika trial dilakukan, saksi-saksi bagi penerangan yang agak berbelit-belit. Dikatakan mula-mula jiran yang menjadi saksi kejadian tersebut nampak Todd pecahkan tingkap dan cuba masuk ke rumah namun tiba-tiba mengubah keterangan yang Todd tidak sama sekali peduli ketika kejadian berlaku, dia sibuk mengalihkan dan menyelamatkan keretanya dahulu.

Todd kemudian mengiyakan kenyataan itu sambil mempertahankan dirinya yang dia mengalihkan kereta dari rumah kerana risau dan takut jika api itu akan merebak dan mengakibatkan letupan. Namun alasan dia tetap ditolak oleh pihak mahkamah, membuatkan Todd depresi dan menjerit di dalam mahkamah. (Kasihan sangat babak ini, sedih sangat) sudahlah ketika itu dia tidak diwakili mana-mana peguam bela kerana tidak mampu bayar kos guaman dan sebenarnya jika ikut kes dia yang sebenar, ada banyak lagi babak-babak yang Director filem ini hendak masukkan sekali namun 2 jam yang diperuntukkan untuk membuat filem ini agak singkat, hasilnya yang kita dapat tengok dalam filem ini cuma sebahagian dari kisah sebenarnya sahaja. Sekiranya anda hendak mendapatkan kisah penuhnya, boleh buat carian goggle)

Tidak lama selepas tu, Elizabeth Gilbert (lakonan Laura Dern) menjadi sukarelawan untuk program pemantauan banduan penjara pun muncul dan dari situ dia mula berhubung dengan Todd. Kerana rasa simpati dengan Todd, Gilbert memulakan penyiasatannya sendiri dan menemui dokumen yang tidak konsisten dengan perbicaraan tempoh hari. Maka bermula misi pembongkaran dokumen-dokumen perbicaraan yang mengaitkan kes itu dan babak-babak lain yang cukup mendebarkan, menyayat hati dan perasaan roller coaster yang tidak menentu!

Kisah ini pun sangat menarik dan wajib menjadi tontonan anda. Banyak ‘”message” dan pengajaran yang kita dapat selami dari kisah di filem ini nanti.

REVIEW RINGKAS

Apa yang sis tidak berapa suka dalam filem ini, sebaiknya adalah jika pengarahnya tidak memasukkan cerita panjang lebar tentang kisah Gilbert itu kerana bahagian dia telah menjadi melodrama sangat ditambah dengan masalah-masalah dia dengan anak-anak dia sejak kematian suaminya akibat kanser. Bahagian ini patut dipendekkan sahaja kerana filem ini lebih berfokus kepada kes Todd. Lain dari ini, filem ini benar-bebar meruntun hati dan memainkan emosi kita terutama yang bergelar ibubapa. Sis yakin ramai kaum bapa yang tonton filem ini pasti tersentuh dan boleh buat airmata sang bapa menitis. Yang kaum ibu pula, tidak perlu cakaplah, tisu pun tidak akan cukup.

BOLEH TONTON FILEM INI DI NETFLIX

TRAILER

 

 

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 6

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI