TONTON TRAILER AKHIR MORBIUS

0
(0)

Seperti yang sudah ramai ketahui, filem terbaru Marvel hasil terbitan Sony bertajuk Morbius ini bakal menjengah ke pawagam tempatan seawal 31 Mac 2022.

Bagi peminat-peminat filem Marvel dan juga filem Spider-Man sudah tentu teruja untuk menonton filem lakonan Jared Leto ini kerana sudah ditonjolkan pada trailer awal perkaitan diantara filem-filem Spider-Verse dengan filem ini.

Dalam trailer akhir ini kita boleh melihat bagaimana watak Morbius menyerang musuhnya dengan gaya ala-ala Batman menyelinap dalam kegelapan dengan pantas dan cekap.

Trailer kali ini juga memaparkan kuasa dan kelebihan yang dimiliki oleh Morbius dengan lebih jelas lagi. Ada cebisan dari adegan pergaduhan yang pasti buat anda tak sabar untuk menonton!

Adakah anda salah seorang peminat anti-hero kegelapan yang bertemakan kelawar ini? Bagaimana perasaan anda setelah menonton trailer akhir? Jangan lupa saksikan di pawagam berhampiran!

Anda boleh tonton trailer tersebut di sini.

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 0 / 5. KIRAAN BINTANG 0

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI