YARA (2021) YANG DIBUNUH DENGAN KEJAM BERDASARKAN KISAH BENAR

5
(3)

Yara” sebuah filem terbitan dari Netflix adalah berdasarkan KISAH BENAR tentang Yara Gambirasio yang berusia 13 tahun dari Brembate yang telah diculik, dirogol dan dibunuh pada 26 November 2010 di Sopra, Bergamo Itali. Yara hilang tidak kembali ke pangkuan keluarganya dan 3 bulan kemudian, Yara ditemui tidak bernyawa dan dalam keadaan yang cukup sadis di sebuah kawasan padang yang terbiar 10 kilometer dari rumahnya.

Filem ini juga mengfokuskan bagaimana pendakwa raya Letizia Ruggeri (lakonan Isabella Ragonese) menyiasat dari akar umbi dan menyelesaikan salah satu jenayah yang paling menggemparkan di Itali pada 2010-2016.

Dalam kisah Yara ini, penonton akan ditunjukkan babak-babak kritikal sepanjang siasatan dijalankan yang bermula dari November 2010 dan berakhir pada Julai 2016 yang akhirnya si pelaku Massimo Giuseppe Bossetti dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup.

Kes ini juga merupakan salah satu kes yang paling mengejutkan dan siasatan pembunuhan ini melibatkan proses yang paling kompleks yang pernah berlaku sejarah perundangan di Itali. Ia mengambil masa selama 6 tahun untuk menjejaki dan akhirnya si pelaku berjaya dibawa ke muka pengadilan.

Mari kita selusuri bagaimana kes ini bermula:

SEBELUM KEJADIAN:

Pada petang Jumaat 5.15, 26 November 2010, Yara Gambirasio memberitahu ibunya yang dia perlu ke Gym tempat dia berlatih untuk menyerahkan radio stereo kepada pelatih di gym nya kerana keesokan dia perlu membuat persediaan untuk pertunjukan gimnastik.

Jarak antara gym dan rumah Yara hanyalah 700 meter sahaja dan dia berjanji kepada ibunya yang dia akan kembali semula ke rumah selewat-lewatnya pada jam 6.45 petang.

 

Namun selepas jam 6.45, kelibat Yara masih tidak kelihatan lagi. Ibu Yara kemudian menghubungi Yara melalui cellphone Yara namun ia terus disambung ke “Voice mail”. Risau dengan keadaan Yara, ibunya menghubungi kawan-kawan Yara dan gym Yara, namun semua tidak mengetahui keberadaan Yara juga. Jurulatih Yara hanya memaklumkan yang Yara telah pulang pada jam 6.30 petang.

Menyedari Yara benar-benar telah menghilangkan diri, Ibu bapanya Maura Panarese dan Fulvio Gambirasio segera pergi ke balai polis untuk membuat laporan. Kes ini kemudiannya dilaporkan ke pejabat pendakwa raya Letizia Ruggeri (lakonan Isabella Ragonese). Letizia merupakan seorang bekas pegawai polis yang sangat tegas dan cukup dikenali kerana terlibat dengan kes menentang Cosa Nostra di Sicil yang dikenali sebagai seorang pengganas Mafia Itali. Letizia juga mempunyai pengalaman sebagai seorang pendakwah raya hampir 15 tahun.

Ketika kes ini dilaporkan kepada Letizia, dia tidak membuang masa lagi dan terus menghantar ahli-ahli pasukannya yang terdiri daripada pegawai polis dan tentera dari negerinya ke Brembate di Sopra untuk memulakan penyiasatan.

Hampir selama 3 bulan siasatan demi siasatan dijalankan, tiada satu bukti yang menunjukkan motif kehilangan Yara hinggalah suatu hari Letizia menerima satu panggilan daripada orang bawahannya yang mayat Yara telah ditemui di satu kawasan padang belukar terbiar.

Ketika mayat Yara ditemui, keadaan fizikalnya menunjukkan terdapatnya kecederaan dan tanda-tanda keganasan seksual. Mereka juga menemui DNA asing pada mayat Yara dan ketika dibawa ke makmal forensik untuk disiasat, sampel DNA tersebut dilabel sebagai “Tidak Diketahui 1.” Setelah itu, Letizia menjalankan siasatan lebih mendalam lagi dan mengarahkan semua penduduk wanita Brembate di Sopra untuk menjalani ujian DNA yang mana ia juga merupakan satu tugas yang sangat sukar untuk mengumpulkan data DNA bagi memadankan ia dengan DNA yang dimiliki suspek kejadian.

Untuk mengetahui bagaimana kes ini akhirnya menemui jalan penyelesaiannya, anda perlulah tonton sendiri.

Difahamkan filem yang ditayangkan pada 2021 ketika itu menjadi antara filem yang paling banyak ditonton di Netflix seluruh dunia. Barisan pelakon yang melakon semula kejadian sebenar ini juga berjaya memberikan persembahan yang cukup sempurna dan dramatik.

Apa yang paling menarik di dalam filem ini adalah babak yang berlaku ketika perbicaraan dilakukan di mahkamah. Satu persatu bukti penyiasatan dibongkarkan sehingga tiada ruang untuk si peguam bela dan pelakunya mempertahan diri.

WAJIB MENJADI TONTONAN ANDA BAGI YANG MEMINATI FILEM PEMBUNUHAN BERKISARKAN KISAH BENAR.

TRAILER

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 3

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI