ALICE IN EARNESTLAND (2015)

0
(0)

ALICE IN EARNESTLAND filem dengan genre komedi gelap dan thriller. Filem arahan dan ideal asal tulisan  Ahn Gooc-jin sendiri.

Sebuah filem yang memaparkan sisi gelap seorang manusia yang hampir hilang segalanya. Hilang semangat, hilang orang tersayang. Hampir kehilangan, dan kini dihimpit kesesusahan.

Lee Jung-hyun sebagai pendokong utama Alice in Earnestland telah berjaya membawa watak isteri dan wanita kental dengan berjaya. Keterpaksaan membuatkan dia menjadi pembunuh kejam.

Sinopsis mungkin mengandungi spoiler :

ALICE IN EARNESTLAND

Seorang isteri yang bekerja keras akhirnya bertukar menjadi pembunuh kejam bukan kepalang!! Bukan seorang mangsa yang dibunuh tapi ramai .

Semua mangsa adalah orang-orang yang menghalang dirinya dari mengecapi kebahagiaan.

Si gadis manis ini bertemu jodoh dengan suaminya seorang lelaki kurang upaya pendengaran.

Mereka bercita-cita mahu membeli rumah sendiri,mahu pergi berbulan madu,tapi sayang segala duit simpanan terpaksa dibelanjakan untuk kos perubatan suaminya.

Sang suami sangat penyayang,mengasihi si isteri sepenuh hati.

Sang isteri bekerja keras bertahun-tahun menyimpan duit untuk membeli rumah idaman, sedih scene sang suami tilik tangan isterinya yang habis kematu menggerutu akibat bekerja keras.

Plot jadi semakin menarik apabila kawasan rumah mereka akan dibangunkan dan mereka bakal menerima pampasan lumayan, tapi ada pihak tidak berpuas hati,dengki dengan keberuntungan mereka!!

Si isteri dalam keterpaksaaan mengotorkan tangannya dengan darah manusia, demi sebuah kebahagiaan yang telah lama diimpikan!!

ALICE IN EARNESTLAND berbaloi untuk ditonton!

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 0 / 5. KIRAAN BINTANG 0

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI