KISAH MENGERIKAN KOREA (CINDERELLA – 2006)

4
(3)

Sebuah kisah CINDERELLA yang pasti mencetuskan rasa yang mengerikan, mengilukan dan menakutkan dan sangat TWISTY! Tiada lagi kisah dongeng yang indah!

Kerana cemburu dan taksub memiliki keindahan dan kecantikan orang lain, gadis-gadis ini sanggup mengorbankan wajah mereka untuk menjalani pembedahan plastik yang kemudian membuatkan gadis-gadis ini mula mati satu persatu secara misteri!

CINDERELLA bukan lagi kisah dongeng yang indah yang selalu kita dengar dan tonton. Kini CINDERELLA juga menjadi kisah ngeri yang boleh menjadi mimpi paling buruk setiap gadis!

Hyeon-su (lakonan Shin Se-kyeong) memiliki wajah yang cukup sempurna, indah, cantik dan kulit wajah yang licin bak patung lilin yang menjadi idaman setiap gadis disekelilingnya. Ini menyebabkan ramai kawan-kawan Hyeon-su berasa cemburu dengan kecantikan yang dimilikinya. Ditambah lagi Ibu Hyeon-su, Yoon-hee (lakonan Do Ji-won) merupakan seorang pakar bedah plastik yang sangat pakar dalam bidangnya dan ia menjadi bahan bualan kawan-kawannya yang kecantikan yang dimiliki oleh Hyeon-su itu pastinya dari hasil pembedahan plastik ibunya sendiri.

Satu hari, salah seorang kawannya menjalani pembedahan plastik melalui Yoon-hee dan tidak lama selepas itu gadis tersebut mati dengan misterinya. Setelah itu beberapa orang lain kawannya juga menjalani pembedahan plastik mengalami kematian misteri yang sama.  Hyeon-su mula merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan ibunya dan tertanya-tanya apakah yang disembunyikan oleh ibunya daripadanya. Dan Hyeon-su sendiri juga sentiasa dihantui dengan penampakan seorang gadis dengan wajah yang agak mengerikan.

Menyedari bahawa semua kejadian mengerikan itu serta apa yang berlaku kepada kawan-kawannya berkait-rapat dengan rahsia yang disembunyikan ibunya, Hyeon-su mula menyiasat sendiri dan cuba untuk mengungkapkan rahsia gelap ibunya sebelum lebih ramai gadis yang mati kerana ibunya.

BACA JUGA ARTIKEL KOMPILASI DRAMA KOREA GENRE MEDICAL TERBAIK

REVIEW RINGKAS:

Yang kurangnya – Jujur dari min, kisah “Cinderella” ini tidaklah teruk dan tidaklah hebat namun keseluruhan dari segi penyampaian ceritanya cukup menarik walaupun ada beberapa babak flash back yang mungkin akan mengelirukan sesetengah penonton. Terdapat sedikit kecacatan dalam jalan ceritanya apabila ada sesetengah babak kisahnya tidak diceritakan dengan lebih terperinci yang mungkin menyebabkan kita tertanya-tanya kenapa dan mengapa ia terjadi seperti itu (anda pasti akan faham babak mana yang min maksudkan sekiranya anda turut menonton filem ini).

Yang bagusnya – Ia memiliki plot yang agak unik dan twist yang kita tidak jangkakan. Babak-babak yang sangat mencengkam dan mendebarkan yang menampilkan obsesi Yoon-hee terhadap pembedahan plastik dan penyeksaan yang dialami oleh mangsa-mangsanya yang agak “DISTURBING” (mereka memotong dan menghiris wajah mereka sendiri) serta babak yang menampilkan melodramatik antara Hyeon-su dan ibunya.

7/10⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 4 / 5. KIRAAN BINTANG 3

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI