THE LAST HOUSE ON THE LEFT (2009)

5
(5)

Tahu kah anda filem “The Last House on The Left (2009)” ini diinspirasi dari KISAH BENAR dan remake filem tajuk yang sama pada tahun 1972 mengenai pembunuhan kejam dua gadis remaja oleh banduan yang melarikan diri pada tahun 1960an? Dua gadis tersebut diseksa, dipukul, dirogol dan dibunuh dengan begitu kejam dan brutal oleh ketiga-tiga pembunuh psiko.

Namun dalam filem versi 2009 ini telah diubah sedikit jalan penceritaannya untuk mendapatkan impak yang lebih menarik dan lebih mendebarkan bagi tontonan peminat filem bergenre “THRILLER SUSPENSE PSYCHOLOGY”.

Filem ini dimulakan dengan satu family tiga orang beranak pergi bercuti di rumah tasik mereka di dalam satu kawasan hutan yang jauh dari hiruk pikuk kota. Kemudian anak gadis pasangan tersebut pergi ke pekan terdekat untuk lepak-lepak bersama kawan perempuan dia. Disitu, mereka terserempak dengan seorang lelaki remaja dan mengajak mereka lepak bersama dia di bilik motel yang dia sewa untuk “menikmati” ganja.

Ketika mereka bertiga sedang “high” menghisap ganja, tiba-tiba bapa, pakcik dan teman wanita pakciknya kembali semula ke bilik motel. Maka bermulalah drama kekejaman, brutal dan tanpa belas kasihan yang dilakukan kepada dua gadis naif tersebut kerana risau akan rahsia gelap keluarga remaja lelaki tersebut terbongkar memandangkan mereka telah menjadi buruan polis ketika itu.

Kemudian mereka melarikan diri dan ketika itu hujan ribut petir tengah turun dengan begitu lebatnya. Mereka ternampak sebuah rumah chalet dan terus menuju ke chalet tersebut yang berada dalam hutan untuk mendapatkan tempat berteduh tanpa mereka sedari yang rumah chalet itu adalah milik ibubapa kepada salah seorang mangsa pembunuhan tadi.

Sadis dan kemuncak filem ini yang akhirnya ibubapa gadis tersebut mendapat tahu bahawa mereka semua itu adalah psiko-psikp yang membunuh anak gadis mereka kemudian mereka menuntut bela dengan membalas dendam dengan cara yang lebih kejam dan brutal! Fuh! Sememangnya sungguh diluar jangkaan mereka! Memang malang nasib mereka ini, salah masuk rumah rupanya! Puas hati min! Satu persatu aksi pembalasan dendam yang sangat sadis, mantap dan padu!

Jadi, kepada sesiapa sahaja yang berminat dengan filem-filem bergenre ganas suspen psiko dan ” disturbing” seperti ini boleh layan filem ini. Ambil sedikit inspirasi pun jadi juga ini, manalah tahu rumah anda jadi mangsa rompakan boleh guna cara yang sama! Hahaha!

Apapun, filem ini sangat tidak sesuai untuk tontonan bersama keluarga diruang tamu ya! Banyak aksi-aksi ganas dan yang tidak bersesuaian untuk tatapan anak-anak bawah umur, melainkan anda berseorangan atau bersama dengan suami/isteri yang mempunyai minat genre yang sama. Bagi min, filem ini memang sangat berbaloi untuk dinikmati kerana karyanya yang “Masterpiece” untuk genre nya sendiri.

8/10⭐⭐⭐⭐ dari min guys! Mari kita nikmati dulu trailernya.

 

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 5

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI