3 studio animasi Malaysia ke Expo Dubai 2020

0
(0)

Dengan matlamat untuk mengukuhkan kehadiran bakat animasi Malaysia di tahap antarabangsa, MDEC telah memilih 3 studio ke Expo Dubai 2020 pada Jan 9 hingga 15 lepas tahun ini.

Dalam masa yang sama, ia dijangka dapat menarik pelaburan sebanyak RM300million dan 50 perjanjian bisnes antarabangsa.

Mari kita lihat ketiga-tiga studio itu :

 

1. DURIOO

Walaupun Durioo bermula pada tahun 2021, pengasasnya Sinan Ismail mempunyai pengalaman sebanyak 10tahun dalam menghasilkan konten animasi. Beliau juga bekas CEO Digital Durian, pereka kepada siri popular YouTube Didi & Friends dan Omar & Hana.

Mereka dijangka akan melancarkan streaming service Durioo+ pada February 2022 ini. Terdapat 5 konten yang akan dapat dilanggan Little Anmar, Mina Mila, The Zehni, POLYTAKO dan Bubu Lala. Di samping itu, terdapat juga Durioo Games.

Misi Durioo adalah untuk mereka kandungan pengajaran kanak-kanak yang berunsur nilai-nilai Islam.

Kesemuanya akan dipamerkan di Expo Dubai 2020 dengan harapan memenangani perjanjian bisnes dan rakan kongsi di sana.

 

2. Zappy Production

Studio mereka, iaitu GreenRobot Studio menggunakan ‘green screen’ untuk menghasilkan alam maya, acara maya, dan multimedia interaksi.

Zappy pernah menggunakan ‘projection mapping’ semasa acara penutupan Sea Games 2017.

Untuk Expo Dubai 2020 ini, mereka akan mempamerkan projek NFT, teknologi AR, dan platform acara maya.

Pengasasnya, Kenneth Chan berharap dalam Expo ini mereka dapat peluang untuk mendirikan studio di sana.

 

3. The R&D Studio

The R&D Studio pernah memenangi anugerah dengan filem pendek mereka Batil Girl dan The Dalang’s Tale. Di samping itu, mereka juga bekerjasama dengan Disney dalam menghasilkan Wizards of Warna Walk.

Semua karya tersebut mempunyai unsur seni dan budaya Malaysia.

Pengasas, Irwan Junaidy berharap filem filem mereka dapat mempamerkan warisan Malaysia di tahap antarabangsa. Beliau juga berharap terdapat peluang untuk menggabungkan konten Timur Tengah dengan budaya Malaysia sekali.

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 0 / 5. KIRAAN BINTANG 0

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI