KONGSI RAYA (2022)

5
(1)

KONGSI RAYA KISAH CINTA DUA BUDAYA DI PAWAGAM PADA TAHUN BARU CINA INI

 

Kuala Lumpur, 24 Januari – Majlis pra-tonton dan sidang media Kongsi Raya telahberlangsung di Golden Screen Cinemas (GSC) Mid Valley, Kuala Lumpur. Buat kali pertama
filem Kongsi Raya ini dijadikan sajian tontonan rakan media dan satu sesi temubual diadakan
bersama pengarah Teddy Chin dan para pelakon yang terdiri daripada Qasrina Karim, Wilson
Lee, Harith Iskander, Erra Fazira, Chew Kin Wah dan Teddy Chin.

Naskah Kongsi Raya dihasilkan oleh syarikat produksi 555 Filem Sdn Bhd. Filem ini
mengisahkan tentang percintaan Sharifah dan Jack yang dihalang oleh kedua-dua keluarga
mereka. Keadaan menjadi semakin rumit apabila kedua-dua bapa mereka mula berentap di
dalam pertandingan memasak untuk menentukan nasib hubungan mereka berdua. Pelbagai
kejadian yang menghiburkan terjadi di dalam usaha mereka untuk mempertahankan
hubungan cinta mereka.

Apa yang menarik tentang filem ini adalah pengarahnya Teddy Chin memulakan kerjayanya
sebagai pelakon namun kini beliau lebih terdorong untuk menjadi seorang pengarah. Ini
merupakan filem pertama berbilang bangsa dan bahasa yang diarahkan oleh beliau.

Filem Kongsi Raya ditaja oleh Cola-Cola dan disokong oleh rakan radio Astro iaitu ERA FM,
HITZ FM, MY FM, SINAR FM, MELODY FM & GO XUAN. Filem ini diedarkan oleh GSC Movies Sdn
Bhd.

Kongsi Raya, filem komedi drama bakal menghiburkan penonton di seluruh negara bermula
3 Febuari 2022. Untuk maklumat lanjut anda boleh lawati laman sosial kami di
https://www.gscmovies.com.my/kongsi-raya/

SUMBER : GSC MOVIE

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 1

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI