THE SILENCE OF THE LAMBS (1991)

5
(21)

THE SILENCE OF THE LAMBS 

Antara filem thriller terbaik sepanjang zaman. Setelah 30 tahun ditayangkan, The Silence Of The Lambs masih kekal menjadi ingatan peminat-peminat filem penyiasatan jenayah dan thriller.

 

 

Gandingan hebat dua lagenda perfileman dunia Anthony Hopkins dan Jodie Foster sukar dilupakan. Kehebatan Anthony Hopkins membawa watak sebagai Hannibal Lecter yang psikosis ternyata amat memukau.

 

Sedikit sinopsis yang mungkin mengandungi spoiler untuk bacaan semua, dan sedutan trailer buat tontonan :

 

 

Pihak FBI menyoal siasat beberapa pembunuh bersiri di penjara untuk mengetahui dan menjejak keberadaan pembunuh bersiri yang digelar Buffalo Bill.

Kebanyakan penjenayah ini memberi kerjasama, namun ada Seorang penjenayah yang paling berbahaya, merupakan Seorang pembunuh bersiri kejam yang memakan mangsa-mangsanya. Hannibal the Cannibal atau lebih dikenali sebagai Dr Hannibal Lecter.

Dr Hannibal Lecter ( Anthony Hopkins) merupakan Seorang pakar psikiatri yang amat terkemuka, namun jenayah pembunuhan bersirinya berjaya dibongkar.

 

Pembunuhan bersiri terus berlaku. Mayat gadis-gadis ditemui, mengerikan apabila kulit dibadan mayat ini disiat-siat dibeberapa bahagian.

Pihak FBI yang buntu, mengarahkan Seorang pelatih di akademi FBI untuk menemubual Dr Hannibal Lecter. Seorang pelatih akademi yang cemerlang, clarice starling(Jodie Foster) ditugaskan untuk mendapatkan maklumat daripada Dr Hannibal Lecter.

 

Ternyata, Dr hannibal Lecter amat mengenali Buffalo Bill. Buffalo Bill yang menjadikan gadis-gadis berbadan gempal sebagai mangsa. Kulit badan mereka dijahit untuk dijadikan pakaian. Ngeri!

 

Saksikan bagaimana Dr Hannibal Lecter memanipulasi keadaan.Mampukah clarice starling menggunakan kebijaksanaannya untuk mengorek maklumat dari bekas pakar psikiatri yang psycho itu.

 

Berjayakah clarice menemui Buffalo Bill sebelum mangsa seterusnya dibunuh?

 

Pembunuhan adalah satu kegilaan,Penderitaan yang tidak mampu diucapkan,Kekejaman menumpahkan darah tawanan,Kehidupan adalah satu perjuangan.

Hati mati

Akal sepi

Psikosis satu penyakit yang pasti

Jika anda peminat psycho thriller, ini adalah untuk anda!

THE SILENCE OF THE LAMBS

9.5/10

 

 

 

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 21

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI