The Green Inferno 2013

3
(2)

Title: The Green Inferno

 

Release year: 2013

Genre: Horror, Thriller, Advanture

Filem The Green inferno adalah cerita bedasarkan “canibal holocaust”. Dikatakan filem ini telah diharamkan di beberapa buah negara termasuklah malaysia kerana terlalu ganas & kejam serta menjijikkan.

Diingatkan kepada pembaca, filem ini agak gore kerana memperlihatkan aksi- aksi kejam, penuh dengan darah dan tidak sesekali menonton dengan keluarga lebih – lebih lagi bersama anak-anak.

“Green inferno” mengisahkan Justine seorang pelajar baru disebuah kolej di New York. Dia merupakan anak perempuan kepada peguam yang mewakili Pertubuhan Bangsa – Bangsa Bersatu.

Di kolejnya terdapat sebuah organisasi aktivis yang lantang bersuara hak – hak sosial yang diketuai oleh Alejandro dan teman wanitanya Kara.Kumpulan itu merancang perjalanan ke hutan hujan Amazon untuk menghentikan syarikat petrokimia daripada membersihkan hutan dan memindahkan suku asli dengan merakam mereka dan menstrim rakaman untuk meningkatkan kesedaran. Untuk menyelamatkan alam sekitar dan kaum di perkampungan tersebut Justine juga berminat dengan rancangan tersebut dan mengikut kumpulan aktivis itu ke Peru.

Semasa di Peru mereka berjumpa dengan Carlos rakan Alejandro yang membantu misi Alejandro ke pedalaman hutan Amazon, Alejandro dan rakan- rakan aktivis lain mengembara dengan bot ke tapak pembinaan dan memulakan protes mereka, merantai diri mereka di jentolak semasa merakam pembukaan tanah. Oleh kerana mereka protes, mereka telah diserang oleh pengganas dan Justine hampir sahaja dibunuh. Mereka menunjukkan semua adegan dirakam mereka ditangkap, tetapi Carlos telah merasuah polis untuk melepaskan diri semua aktivis tersebut. Di sebabkan mereka telah diserang, video live stream mereka menjadi tular dalam sekelip mata.

Semasa di dalam kapal terbang, kapal terbang mereka telah terhempas dan meletup didalam hutan yang tebal beberapa orang aktivis telah pon tebunuh termasuklah Carlos. Sedang mereka mencari telefon GPS Daniel, mereka telah diserang oleh puak asli di hutan tersebut ada yang terbunuh dan yang terselamat telah ditangkap dan di masukkan ke sebuah sangkar besar.

Seorang ketua puak itu iaitu seorang wanita tua dan pemenggal kepala untuk puak tersebut telah membunuh Jonah dengan kejam..seluruh tubuh Jonah telah di potong dan di panggang. Puak tersebut telah makan sisa badan Jonah yang telah di masak.

Disisi lain didalam sangkar, Alejandro mendedahkan protes itu diadakan untuk memberi manfaat kepada saingan syarikat petrokimia tersebut, dia juga boleh menumpukan perhatian pada projek aktivis yang lain jika ramai yang mengikuti persatuan dia, ini membuat orang lain kecewa dengan sikap Alejandro yang tamak.

Selepas itu, puak itu menguji keperawanan Justine, Samantha, dan Amy. Apabila wanita tua puak tersebut mengetahui Justine masih suci, mereka membawa Justine pergi untuk upacara mencacatkan kemaluannya sementara Amy dan Samantha telah dikurungkan kembali bersama yang lain.

Samantha telah merancang untuk melepaskan diri setelah melihat sebuah sampan kosong tetapi Alejandro memberitahu mereka untuk kekal dan menunggu kru pembersihan syarikat petrokimia menghapuskan perkampungan tersebut. Rancangan Alejandro ditolak mentah oleh yang lain.

Di tengah-tengah hujan lebat, mereka mengalihkan perhatian seorang penjaga manakala Samantha melarikan diri dan bersembunyi di dalam sampan. Setal itu Justine telah dibawa semula ke tempat kurungan.

Di suatu ketika puak tersebut telah memberi mereka makan daging yang aneh. Disebabkan Amy adalah seorang vegan dia memaksa diri untuk makan daging tersebut bagi mendapatkan tenaga untuk melarikan diri. Semasa makan Amy ternampak kanak – kanak sedang bermain dengan kulit manusia. Kulit tersebut mempunyai tattoo milik Samantha yang telah dibunuh oleh puak tersebut. Setelah mengetahui Amy telah membunuh diri.

Melihat mayat Amy sebagai peluang, seorang lagi aktivis bernama Lars telah menyumbat ganja kedalam badan Amy dengan harapan puak tersebut menjadi “high” rancangan tersebut berjaya. Daniel dan Justine dapat melarikan diri manakala Lars ingin menemani Alejandro yang dengan pendiriannya. Tetapi malang bagi Lars dia telah di makan hidup-hidup tetapi Alejandro membiarkan sahaja tanpa membuat apa-apa.

Semasa Justine dan Daniel di kawasan kemalangan kapal terbang. Mereka melihat sebilangan aktivis yang telah mati seblum ini telah di gantung. Dan kawasan itu seperti menjadi penempatan sementara puak tersebut. Untuk tidak membuang masa Justine dan Daniel telah Mencari Telefon GPS tetapi malang nya telefon itu kehabisan bateri. Tetapi mereka telah menjumpai sebuah telefon bimbit milik seorang aktivis yang telah mati. Malangnya meraka telah di tangkap semula oleh puak tersebut

Apakah nasib yang bakal menimpa mereka bertiga? Dapatkah Justine, Daniel, dan Alejandro menyelamatkan diri dari menjadi makanan untuk puak tersebut? Saksikan “The Green Inferno”

Trailer

 

Diingatkan lagi sekali filem ini agak gore ye bagi sesetengah orang, dilarang menonton bersama keluarga…JANGAN SESEKALI MENONTON BERSAMA ANAK-ANAK anda

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 3 / 5. KIRAAN BINTANG 2

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI