TIADA KLGU3 – BETO KECAM CETAK ROMPAK

3.4
(5)

Baru-baru ni pelakon terkenal tanah air Beto Kusyairy memuat naik semula status yang pernah dikongsikan pada awal Januari berkenaan pertanyaan peminat tentang siri KL Gangster Underworld di laman Facebook miliknya.

Anda boleh membaca perkongsiannya di bawah.

BACA.

INI ADALAH POSTING LAMA AKU DI IG BERTARIKH 2 JANUARI LALU. AKU KONGSIKAN DI SINI UNTUK MENJAWAP SEGALA PERSOALAN YANG BERULANG TENTANG KLGU. DAH BOLEH MOVE ON K.

“Walau seribu peluru yang datang…”

Kau kota apa yang kau kata. Kau hadap. Sekarang rehatlah Shah. Cukup setakat ni jerih perih perjalanan kita. Semangat & keberanianmu aku taknak pikul dah.

Nak sambung season 3? Jangan harap & lupakan aje. Gantilah orang lain kalaupun Shah masih hidup. Aku fed up dah bila tiada tindakan keras diambil ke atas lanun-lanun cetak rompak ni. Korang yang menyokongnya..menonton melalui telegram/fb/youtube/blog pun sama lanun.

Jutaan terima kasih kepada semua yang menonton tidak kira VIP atau yang sanggup menunggu tontonan percuma di platform yang betul iaitu weTV & iflix. Korang champion & you guys rawk!!

Walaupun kami selaku pelakon takkan dapat sesen pun dari tontonan yang sah, apa yang diharapkan cuma kemajuan. Untuk maju perlukan sokongan yang betul dari semua pihak dengan menonton melalui platform rasmi.

 

Mimpi itu adalah keajaiban anugerah

Tapi dialah nanti menyebabkan kau gundah

Terasing di cermin kenyataan

Kehidupan yang ganas dan kejam

Bunuhlah mimpi itu anakku

Kau membunuh segala palsu

Lagu dan rindu

Yang selalu menipumu

 

Shah..signing off. Bye #KLGU #KLGU2

 

#fanart dari @zouqiberapi ..terima kasih untuk poster2 yang cun gila ni brader.

Bunyinya macam beliau tak akan kembali untuk membawa wataknya itu. Apa pendapat anda? Adakah anda salah seorang peminat KL Gangster Underworld ?

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 3.4 / 5. KIRAAN BINTANG 5

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI