PERBEZAAN KDRAMA , KMOVIE , KPOP

0
(0)

Asal sesuatu berkait rapat berkenaan Korea Sahaja terus di Cop KPOP. Jom Kita kupaskan perbezaan Kdrama,Kmovie dan juga KPop.

Kalau diperhatikan secara kasar, industri hiburan Korea mula dikenali dunia dengan hanya mengambil masa 25tahun sahaja, berbanding negara2 lain seperti contoh China,Hollywood & Bollywood yang memerlukan masa hampir 60tahun.
Jadi dimanakah mereka selama 60tahun yang lepas? sepertimana icon2 hebat negara lain yang kita kenali sehingga kini?
seperti contoh P.Ramlee,Bruce Lee, Amitabh Bachchan, Clint Eastwood & ramai lagi?

Walaupun film2 melayu tidak sehebat negara2 lain, tetapi 60tahun yang lepas kita memenangi pelbagai anugerah didalam Asian Film Festival atas jasa2 P.Ramlee & Show Brother.
Dekat sini aku nak kongsikan sikit apakah penyebab industri hiburan Korea mula dikenali dunia, adakah kerana KPOP atau FILEM KOREA?
Kalau ada sebarang kesilapan boleh perbetulkan ya..

PEPERANGAN & TAPISAN
Sejak tahun 1950 lagi, industri film korea cuba struggle untuk dikenali dimata dunia. tapi disebabkan pelbagai konflik peperangan & juga masalah ekonomi yang melanda mereka semuanya menjadi terbantut.
Sehingga film2 klasik mereka dikatakan musnah/hilang disebabkan peperangan yang berlaku.

di Era 70an, industri film korea juga sama seperti kita, mereka dihalang kreativiti disebabkan desakkan politik yang sangat berat,hinggakan pernah seorang director dihumban kedalam penjara semata2 kerana menghasilkan film yang mengutuk kerajaan mereka sendiri, hampir 90% film mereka ditapis tayangannya.
Menyebabkan film2 yang dihasilkan, kurang mendapat sambutan & sokongan kuat dari penonton.

KEBANGKITAN
Apa menyebabkan mereka bangkit? Ianya bermula pada tahun 1998, selepas krisis kewangan asia 1997 yang melanda negara mereka.
Selepas krisis tersebut, kerajaan korea lebih terbuka dengan memberikan peluang2 besar kepada pengarah2 muda.
film2 yang dihasilkan pun lebih terbuka dari pelbagai aspek kreativiti.
Hinggakan president mereka sendiri menyokong 100% dari pelbagai aspek untuk film2 mereka,
Lebih2 lagi movie yang bertentangan dari lumrah manusia biasa (Faham2 la.. haha).
Target utama mereka adalah dengan penghasilan film2 popcorn yang mampu memberi hiburan kepada penonton dunia seperti mana dilakukan oleh Bollywood dan Hollywood.

KDRAMA
Secara kasarnya, industri perfileman dunia mula mengenali mereka bermula dari film Memories of Muders & OldBoy .Hollywood juga cuba remake kembali film tersebut dengan versi mereka yang tersendiri.
Tetapi sedarkah kita? Bagaimana penonton awam diseluruh dunia mula mengenali Korea?
Ianya bermula dari drama “Winter Sonata 2002” & film popcorn “My Sassy Girl 2001”.
Lebih menarik, kedua2nya memiliki soundtrack lagu yang cukup popular ketika itu.
Sehingga stesen2 radio mula keudarakan lagu2 korea tersebut yang bertajuk Winter Sonata & dihasilkan kembali kepada versi Malay yang bertajuk Sonata Musim Salju.



KPOP

Kemudian barulah industri music mereka mula dikenali, itu pun semata disebabkan soundtrack hebat dari drama winter sonata & my sassy girl..
Kalau bukan disebabkan lagu2 & drama tersebut, rasanya mustahil untuk halwa telinga orang asia atau pun seluruh dunia mampu menerima dengan baik lagu dari “Wonder girl” yang dikeluarkan pada tahun 2008.
Seumpama kita menerima lagu2 dari Bollywood sejak dari lahir lagi.

TEORI KEHEBATAN KOREA
Seorang pakar ekonomi di india cuba selidik hebatnya kebangkitan industri hiburan korea hanya dalam masa 25tahun sahaja, sehingga seluruh dunia mengilai mereka. Mereka bermula dengan menyelidik 3 industri hiburan dunia.
1.Hongkong :
– Mereka kagum dengan penghasilan drama2 berkualiti Hongkong,sehingga setiap negara asia dimonopoli oleh drama tersebut satu ketika dahulu. Faktor tersebut menjadikan kini drama Korea telah dimonopoli keseluruh dunia.

2.Bollywood :
– Mereka kagum dengan konsep film2 India dari pelbagai aspek, terutamanya pengunaan emosi keluarga & cinta. Lebih2 lagi effort penghasilan music video serta tarian yang dihasilkan oleh Bollywood menjadi inspirasi mereka hingga kini.

3.Hollywood :
– Music2 Kpop yang kita kerap dengari kini,ianya diinspirasikan dari music2 80an & 90an dari Amerika. Contoh teori yang terdekat adalah Spice Girl & Backstreet boys yang digilai dunia satu ketika dahulu.

KESIMPULAN
Bagi aku industri hiburan Korea berjaya disebabkan pelbagai peristiwa hitam yang berlaku terhadap mereka, menyebabkan mereka bangkit dan berusaha dengan lebih gigih.


Lebih menarik, faktor kebangkitan tersebut diinspirasikan dengan kehebatan industri hiburan besar dunia Hollywood & Bollywood yang dah sebati dengan kita sejak dari kecil.
Kini dua aspek industri besar tersebut, telah disatukan menjadi INDUSTRI HIBURAN KOREA yang kini kita gila2kan. Hinggakan OSCAR memandang mereka.


Apa yang sangat menarik pendapat pendirian, adalah dari kehebatan filem sejarah mereka, sebab mereka bercita-cita untuk tunjukkan pada dunia, bahawa tamadun korea satu ketika dulu beratus kali ganda lagi bagus dari Jepun dan China, kerana dua negara inilah memulakan peristiwa hitam dalam hidup mereka.

Petikan ini bukan bertujuan untuk mengagungkan Industri mereka, tetapi untuk kongsikan kegigihan mereka yang cukup berinspirasi.
Mungkin dengan kegigihan film popcorn berkos tinggi yang kita ada sekarang ini,akan menjadi punca utama dunia mengenali kita?
Tak mustahil dengan drama2 melayu berkos tinggi dari Viu mampu menjadi penanda aras untuk sama hebat dengan KDRAMA? Mungkin satu hari nanti.

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 0 / 5. KIRAAN BINTANG 0

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI