Kdrama – Shadow Beauty (2021)

5
(1)

 

Kerana rupa parasnya yang tidak secantik gadis-gadis lain yang sebayanya, Koo Ae-jin (Shim Dal-gi) selalu dibuli dan dihina di sekolahnya. Kerana hinaan ini, Ae-jin menjalani kehidupan dengan 2 personaliti. Di siang hari di sekolah dia menjadi dirinya yang sebenar dan ketika diluar sekolah dia berubah menjadi seorang gadis yang sangat popular dan digemari di laman sosial media dengan 770 ribu follower dan dengan nama yang dikenali sebagai Genie.

Mana taknya..dengan solekan yang tebal dan kecanggihan aplikasi filter, dia berjaya menjadi influencer yang sentiasa menjadi ikutan. Bukan itu sahaja, dia juga mengenakan pakaian-pakaian yang cantik, moden dan berjenama untuk menarik lebih ramai follower. Sememangnya cukup berbeza dengan dirinya yang asal. Semakin hari semakin dia bangga dengan hidupnya sebagai Genie, apatah lagi akaun media sosialnya sentiasa dibanjiri dengan komen-komen yang tidak henti-henti memujinya. Ada yang puji dia seperti seorang bidadari, kecantikannya terlalu mempersona dan pelbagai lagi la pujian-pujian yang melambung!

Sehinggalah suatu hari, Genie membaca satu komen di akaun media sosialnya yang agak mengejutkan dan seolah memperlekehkan “kecantikan” yang Genie miliki. Genie mula gugup dan resah sekiranya ada yang tahu rahsia gelapnya itu. Siapakah gerangan follower misteri itu? Adakah rahsia gelapnya itu akan diketahui umum dan dapatkah Genie mempertahankan 770 ribu follower nya itu?

Walaupun mungkin akan ada yang fikir drama ini sama sahaja dengan drama “True Beauty”, sebenarnya plot dan kisah yang cuba ditonjolkan dalam The Shadow Beauty ini ternyata berbeza dari True Beauty ya. Konsep nya sama namun ia dalam genre yang berbeza kerana ia bukan sahaja memaparkan sisi-sisi romantik komedi tapi juga digarap dengan elemen-elemen suspen, misteri dan thriller!

Sebagai penggemar drama yang diadaptasi dari webtoon, anda pasti teruja, terhibur dan mula beremosi dari episod ke episod hinggalah episod ke-3 setakat ini. Sayangnya durasi setiap episod hanya 20 minit sahaja! Rasa tak puas sangat!

Drama ini juga dibintangi oleh Bomin Golden Child sebagai ketua kelas, Kim Ho In. Dia merupakan seorang pelajar yang bijak dan menjadi teladan kepada rakan-rakan kelasnya. Namun Ho-in bukanlah seorang lelaki yang mudah didekati.

So jangan lupa ya saksikan drama ini yang akan ditayangkan setiap hari Rabu dan Sabtu pada jam 7:00 malam bermula dari 20 Nov – 29 Dis 2021. Sambil itu jom kita layan dulu trailernya

 

 

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 1

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI