Seram Thai (Buppah Rahtree – 2003)

5
(5)

Buppah Rahtree: Flower of the Night (2003) sememangnya sebuah filem seram klasik lama yang masih menyeramkan walaupun ditonton semula pada 2021. Bermula dari babak cinta monyet, babak menyayat hati dan diseimbangi unsur-unsur komedi seram yang pasti membuatkan emosi kita bercampur baur! Dari sedih, kasihan, ketawa lawak dan seram sampai boleh terlompat jantung min!Plot dan klimaks filem ini bermula apabila Buppah Rahtree jatuh cinta dengan salah seorang pelajar dari keluarga kaya di sekolah nya kemudian meninggal dunia berseorangan akibat kehilangan darah yang banyak dari kesan pengguguran yang salah setelah dia diperdaya oleh lelaki tersebut.

Setelah lelaki tidak bertanggungjawab itu meninggalkan Rahtree berseorangan di dalam bilik sewanya, Rahtree telah meninggal dunia dan akhirnya dia mati berseorangan tanpa diketahui oleh sesiapa pun.Dan sejak itu, rohnya telah mula menghantui bilik sewa dan seluruh kejiranan di apartment yang didudukinya sehingga suatu hari mayatnya dijumpai oleh jirannya dan empunya apartment itu telah memanggil bomoh untuk menguruskan mayatnya dan menghalau roh Rahtree yang masih tidak tenang dan pendendam itu.

Dapatkah bomoh itu mengusir roh Rahtree dari bilik sewanya? Dapatkah akhirnya Rahtree bersemadi dengan tenang atau dia kekal menjadi roh gentayangan?

Bagi yang belum tahu, kisah dan filem Buppah Rahtree ini terdapat dalam beberapa sekuel, tetapi tiada satu pun daripadanya yang boleh menandingi versi asal ini.

Kini anda boleh menikmati dan berhibur dengan menonton filem ini secara percuma di saluran YouTube (Direktor Cut lengkap dengan Subtitle)

Sebelum itu mari kita berhibur dengan sedutan pendek klip filem ini

 

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 5

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI

Aireen

Aireen

❤️Movie lover, food lover..live life to the fullest!❤️