TENET MEMENINGKAN DIMPLE KAPADIA

4
(1)

TENET antara karya dari Christopher Nolan yang telah membuatkan para penonton dan penggemar filem terpinga-pinga. Konsep TENET yang dianggap terlalu kompleks itu membuatkan penggemar filem terpaksa menontonnya lebih dari sekali.

Dimple Kapadia pelakon lagenda Bollywood telah diberi kepercayaan untuk membawa watak sebagai Priya Singh seorang pengedar senjata api berpengaruh dalam filem TENET..

Pelakon yang kini berusia 64 tahun itu menyatakan bahawa peluang berlakon dan bekerjasama dengan pengarah tersohor seperti Christopher Nolan adalah peluang keemasan dan merupakan sebuah pengalaman yang merubah hidupnya.

Dalam satu wawancara dengan PTI di Mumbai, pelakon itu mengakui bahawa dia agak tertekan sebelum memulakan penggambaran filem TENET. Sejujurnya saya sangat tertekan semasa melakukannya. Saya rasa bimbang jika saya tidak dapat menghargai dan menghayatinya(sebelum penggambaran). Sekarang, saya dapat merasakan ianya adalah sebuah mimpi indah buat saya.” 

Menceritakan pengalaman aktress itu sewaktu proses pembikinan TENET, Dimple Kapadia berkata “saya duduk dalam vanity van saya selama 4 jam, mengambil masa yang agak lama untuk membaca. Apabila saya membaca 20-30 halaman pertama (skrip), saya tidak tahu apa yang saya telah baca. Saya sangat suka membaca, tapi saya tetap tidak faham hala tuju skrip tersebut.”

Menurut pelakon lagenda itu, dia perlu menonton filem itu tiga kali lagi untuk betul-betul memahami plot filem tersebut. “ saya perlu menontonnya tiga kali lagi atau lebih,untuk betul-betul memahami plot. Saya telah menontonnya sekali, saya telah habis membaca skripnya, malas saya telah selesai berlakon dalam filem itu, tapi saya masih perlu menonton sekurang-kurangnya tiga atau empat kali lagi untuk betul-betul memahaminya “

Dimple Kapadia telah mencipta nama di Bollywood sejak tahun 70an. Gandingannya bersama Rishi Kapoor dalam filem Bobby telah menaikkan namanya. Selain itu pelakon serba boleh ini juga telah berlakon dalam beberapa filem pecah panggung seperti Saagar, Janbaaz, Ram Lakhan, dan Prahar.

Sumber : Hindustan Times 

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 4 / 5. KIRAAN BINTANG 1

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI