15 PELAKON YANG MENERIMA BAYARAN PALING MAHAL SEPANJANG ZAMAN !!

5
(4)

Hollywood melahirkan pelakon-pelakon berkelas dunia buat tontonan kita semua. Para pembikin filem tidak gusar untuk berbelanja besar bagi membayar para pelakon ini kerana mereka pastinya menjadi tarikan buat para penonton untuk ke panggung wayang atau melanggan platform penstriman yang telah disediakan. Bayaran berjuta-juta dolar untuk sesebuah filem dianggap berbaloi kerana pulangan yang bakal dikaut adalah berlipat ganda. Berikut merupakan senarai 15 orang pelakon yang menerima bayaran paling mahal setakat ini untuk satu watak dalam sesebuah filem :

15. Cameron Diaz sebagai Elizabeth Halsey dalam filem “Bad Teacher” 

$42 juta (sumber: Yahoo Finance)

Cameron Diaz bersetuju untuk menerima bayaran $1 juta untuk wataknya dalam filem Bad Teacher,namun akhirnya filem tersebut ternyata laris di layar perak dan pelakon tersebut menerima bayaran daripada pendapatan pecah panggung melebih $40 juta. Bayaran tersebut pernah dilabelkan sebagai “most legendary deals” dalam sejarah perfileman Hollywood.

14. Dwayne Johnson dalam “Red One”

$50 juta (sumber: Variety)

The Rock Dwayne Johnson bakal menerima bayaran sebanyak $50 juta untuk wataknya dalam sebuah filem yang akan datang bertajuk Red One. Pihak Amazon Studios telah mengesahkan pembabitan pelakon tersebut, penggambaran akan bermula tahun 2022 dan bakal ditayangkan pada tahun 2023.

13. Daniel Craig sebagai Benoit Blanc dalam sekuel filem “Knives Out”

$100 juta -$50 juta/filem (sumber: The Hollywood Reporter)

Netflix membayar $100 juta kepada Daniel Craig untuk dua sekuel Knives Out dan ternyata berbaloi kerana filem tersebut membawa pulangan besar buat Netflix. Filem pertama Knives Out berjaya mengutip keuntungan sehingga $300 juta.

12. Leonardo DiCaprio sebagai Dom Cobb dalam filem “Inception” 

$50 juta (sumber: Forbes)

Filem Christopher Nolan Inception berjaya mendapat kutipan pecah panggung dan pastinya Leonardo DiCaprio mendapat habuan lumayan sehingga $50 juta.

11. Jack Nicholson sebagai The Joker dalam filem “Batman”

$50 juta (sumber: Entertainment Weekly)

Filem Batman keluaran tahun 1989 telah membuahkan hasil untuk Pelakon lagenda Jack Nicholson. Dia mendapat bayaran $6 juta untuk wataknya , selebihnya dia mendapat bayaran untuk royalti pecah panggung dan hasil jualan The Joker merchandise (barang dagangan) untuk filem sekuel Batman(Nicholson tidak terlibat) seterusnya hasil perjanjian awal dengan pihak produksi.

10. Johnny Depp sebagai Jack Sparrow dalam filem “Pirates of the Caribbean: On Stranger Tides”

$55 juta (sumber: Forbes)

Forbes melaporkan Pirates of the Caribbean: On Stranger Tides merupakan salah satu filem paling mahal untuk tahun tersebut. Kos produksi dianggarkan melebihi $410 juta, sebahagian besar jumlah tersebut digunakan untuk membayar kaki tangan produksi dan para pelakon terlibat. Johnny Depp menerima bayaran paling mahal iaitu $55 juta.

9. Tom Hanks sebagai Forrest Gump dalam filem “Forrest Gump”

$60 juta (sumber: Entertainment Weekly)

Filem terbaik sepanjang zaman Forrest Gump mendapat sambutan hangat dan luar biasa di layar perak,membuatkan Tom Hanks yang membawa watak utama mendapat pulangan sebanyak $60 juta.

8. Adam Sandler untuk wataknya dalam beberapa filem Netflix

$250 juta untuk 4 filem-$62.5 juta/filem (sumber: Forbes)

Adam Sandler mengikat kontrak dengan Netflix pada tahun 2014 untuk 4 buah filem ekslusif Netflix. Netflix telah memperbaharui perjanjian tersebut pada tahun 2017 dan sekali lagi pada tahun 2020.

7. Harrison Ford sebagai Indiana Jones dalam filem “Indiana Jones and the Kingdom of the Crystal Skull”

$65 juta (sumber: Forbes)

Demi mendapatkan Harrison Ford untuk filem ke empat Indiana Jones, pihak Paramount bersetuju untuk membahagikan sejumlah besar keuntungan filem tersebut bersama dengan Harrison Ford, pengarah filem Steven Spielberg,dan penerbit George Lucas.

6. Johnny Depp sebagai The Mad Hatter dalam filem “Alice in Wonderland”

$68 juta (sumber: The Telegraph)

Aura Johnny Depp tidak dapat disangkal apabila pihak produksi sanggup membayarnya $68 juta untuk watak The Mad Hatter.

5. Sandra Bullock sebagai Dr. Ryan Stone dalam filem “Gravity”

$70 juta (sumber: The Hollywood Reporter)

Sandra Bullock menerima bayaran $20juta untuk wataknya dalam Gravity namun pelakon itu juga mengikat perjanjian untuk menerima 15% dari keuntungan pecah panggung, yang melayakkannya mendapat bayaran sejumlah $70 juta.

4. Robert Downey Jr. sebagai Tony Stark/Iron Man dalam filem “Avengers: Infinity War”

$75 juta (sumber: The Hollywood Reporter)

Robert Downey Jr. adalah antara pelakon yang mendapat bayaran paling mahal dalam Marvel Cinematic Universe. Pada tahun 2018 pelakon ini mendapat bayaran sebanyak $75 juta untuk kemunculannya dalam Infinity War. Malahan pada tahun 2012, Robert Downey Jr. mendapat bayaran $50 juta untuk filem pertama Avengers. 

3. Tom Cruise sebagai Ethan Hunt dalam filem “Mission: Impossible – Ghost Protocol”

$75 juta (sumber: Forbes)

Tom Cruise mendapat gelaran Forbes’s most powerful actors dalam senarai Forbes tahun 2012 apabila aktor itu mendapat bayaran tertinggi $75 juta pada tahun tersebut.

2. Keanu Reeves sebagai Neo dalam trilogi filem “The Matrix”

$250 juta -$83.3 juta/filem (sumber: The Hollywood Reporter)

Bayangkan jumlah bayaran filem The Matrix Resurrection belum dikira dan dimasukkan untuk jumlah bayaran Keanu Reeves sehingga tahun 2021. Khabarnya pelakon ini mendermakan beberapa juta dolar bayarannya dalam filem The Matrix ke empat untuk kaki tangan produksi.

1. Will Smith sebagai Agent J dalam filem “Men in Black 3)

$100 juta (sumber: The Hollywood Reporter)

Filem Men in Black ketiga menjana keuntungan sebanyak $624 juta dan membolehkan aktor ini mendapat bayaran sehingga $100 juta.

 

Kredit : Insider

 

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 4

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI