THE GOLDEN HOLIDAY (2020)

5
(3)

 

Nak bercuti ke nak menyiasat?”

The Golden Holiday salah satu filem korea aksi komedi yang boleh anda semua tonton hujung minggu ni. Senang saja, tonton dalam aplikasi Viu. Filem ini mengisahkan Hong Byeong-soo, seorang detektif Daecheon, membawa keluarganya ke Filipina pada ulang tahunnya perkahwinan yang ke-10, dengan niat tersembunyi untuk menjejaki rakan lamanya Yong-bae yang menipunya dan melarikan diri beberapa tahun lalu.

Di Manila, Byeong-soo mendapati dirinya telah dianiaya dalam satu kes pembunuhan sekaligus menjadi suspek utama. Dalam masa yang sama, dia berusaha untuk membuktikan dirinya tidak bersalah dengan menyiasat kesnya sendiri dengan bantuan Man-Cheol, seorang pemandu pelancong. Malangnya penyiasatan mereka tidak berjalan lancar. Byeong-soo kemudiannya menemui Yong-bae di penjara dan secara tak langsung mengetahui tentang kes “Yamashita’s Gold”. Oleh kerana Yong-bae menawarkan bahagiannya emas kepada Byeong-soo, dia terus berminat untuk terlibat dalam kes itu.

Sedikit Ulasan

Filem ini berlatar belakangkan bandar Manila, Filipina. Jadi secara tak langsung filem ini membawa kita ke mood percutian. Disebalik kesibukan dan kemajuan bandar Manila, dalam filem ini menunjukkan sisi gelap bandar Manila sebenarnya, dipenuhi dengan samseng, polis yang korup dan penjara yang sesak dan kotor. Hasilnya ialah anda disajikan filem percutian yang berunsur aksi, rompakan dan komedi dalam 1 jam 40 minit.

 

Filem yang santai dengan plot yang mudah difahami. Filem ini ditulis dan diarahkan oleh Kim Bong-Han, dibintangi oleh Kwak Do-won, Kim Dae-myung, Kim Sang-ho dan Kim Hee-won. Pelakon Filipina Mon Confiado juga membuat debut filem Korea sebagai kapten polis Filipina.

Anda boleh tonton di Viu. Selamat menonton semua. 

SUMBER WIKIPEDIA, EONTALK, IMDB

 

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 3

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI