The Witch (2018)

5
(1)

 

Platform: Viu

Genre: action,thriller

Lakonan:

– Kim Da mi
– Choi Woo Shik
– Hee soon Park
– Jo Min Su

Siapa peminat ahjusi dalam “my name” ? Hee soon park, dia ada dalam movie “ The Witch” tambahan lagi Kim Da Mi & Choi Woo akan bergabung dalam drama comedy romantik bertajuk “Our Beloved Summer” yang akan di tayangkan december ini. Harini sis bukan nak story pasal drama baru mereka. Tapi sis nak review movie “ the Witch”

Mungkin ramai yang dah tengok movie ni, mungkin ada lagi yang belum menonton movie ini.

Sinopsis

Di awal cerita ada mengisahkan 2 orang budak telah melarikan diri dari sebuah fasiliti makmal rahsia, mereka telah dilatih menjadi senjata pembunuh yang tiada perasaan. Kebanyakkan kanak-kanak di dalam fasiliti tersebut adalah dari experiment haram yang dilalkukan dalam makmal tersebut. Ramai kanak – kanak telah dikorban kan dalam experiment yang kejam itu. Sehinggalah satu hari semasa 2 orang budak yang melarikan diri hanya seorang sahaja yang terlepas iaitu seorang kanak – kanak perempuan manakala seorang lagi kanak – kanak llelaki telah ditangkap semula oleh orang suruhan Dr baek Lakonan Jo Min Su. Orang bawahan Mr Choi lakonan Hee Soon Park telah mengistiharkan kanak – kanak perempuan itu mati

Jauh disebuah ladang, sepasang suami isteri telah menjumpai seorang budak perempuan yng tidak sedarkan diri di sekitar ladang mereka. Mereka telah merawat kanak – kanak perempuan tersebut sehingga pulih. Mereka berdua mengambil keputusan untuk menjaga kanak – kanak tersebut sebagai anak mereka kerana mereka tidak mempunyai anak sendiri. Mereka memberikan nama kepada kanak – kanak tersebut dengan nama Ja yoon.

10 tahun kemudian Ja yoon lakonan Kim Da Mi membesar dengan kehidupan yang normal. Dia sering membantu ayah dan ibu angkatnya. Dia hidup tanpa mengetahui memori zaman lalunya. Keluarga Ja Yoon sedang mempunyai masalah kewangan dan ibunya pula telah menunjukkan dia mempunyai penyakit dementia, manakala Ja Yoon pula sering mengalami sakit kepala yang teruk.

Bgi membantu keluarganya Ja Yoon memutuskan untuk menyertai ujibakat pertandingan nyanyian, dimana hadiah pertandingan adalah wang yang berjumlah besar. Semasa sessi menunjukkan bakat Ja yoon telah menarik perhatian juri dan penonton di studio dan di rumah, sehingga Dr Baek dan Mr. Choi sedar itulah kanak – kanak perempuan yang teah melarikan diri dari makmal mereka.

Disebabkan pertandingan yang Ja yoon hadiri kehidupannya berubah kembali. Bermulalah perjalanan kehidupan Ja yoon yng penuh dengan rintangan dan terpaksa melepaskan orang – orang yanng dia sayang hanya untuk menyelamatkan mereka dari dibunuh oleh mereka – mereka yang bertanggungjawab.

 

Ini adalah part 1, part 2  sis tak tahu bila nak release..jadi kita tunggu ..tetapi movie ini sis rasa hebat kerana lakonan kim da mi sangat terkesan.

 

sis bagi rate 8/10 utk ” The Witch”

 

Korang smue boleh tgok the witch ni kat #ViuMalaysia

 

selamat menonton ???

Trailer

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 1

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI