REVENGE (2017) Spoiler alert!!!

5
(3)

Title: Revenge

Genre: Action Thriller

Release date: September 2017

Mengisahkan Jennifer mengikuti teman lelakinya iaitu Richard pergi memburu pada hujung minggu bersama – sama dua lagi rakan Richard iaitu Stan dan Dimitri. Richard adalah seorang lelaki yang sudah berkahwin dan Jen mengetahui tentangnya, dia menjadi wanita simpanan Richard. Mereka berempat bermalam di rumah persinggahan Richard yang berada di tengah- tengah padang pasir. Untuk pergi ke kawasan tersebut mereka memerlukan helikopter untuk ke rumah tersebut.

Pada malam itu Jen, Richard, Stan dan Dimitri menikmati malam yang menyeronokkan. Mereka minum dan menari. Ketika mereka sedang berseronok, Richard meminta Jen menyembunyikan sejenis dadah. Dadah tersebut akan membuatkan penggunanya tidak merasa sakit walaupun kakinya terpotong sekalipun. Jen dalam senyap menyimpan dadah itu didalam rantai miliknya.

Keesokan harinya, Jen yang bangun mencari Richard di rumah tersebut cuma ada Stan dan Dimitri. Stan yang menyukai Jen telah merogol Jen. Walaupun Jen meminta tolong kepada Dimitri dia hanya membiarkan sahaja Stan merogol Jen. Semasa Richard pulang setelah menyelesaikan urusannya, mengetahui Stan telah merogol Jen, dia meminta Jen pergi ke Canada dan memulakan kehidupan baharu. Jen menolah dan mengugut Richard untuk memberitahu tentang hubungan mereka ke isteri Richard. Richard yang marah telah mengasari Jen. Jen yang takut lari keluar dari rumah sehinggalah dia sampai di sebuah gaung. Richard menolak Jen jatuh. Badan Jen terpacak di atas pokok mati. Richard dan rakan-rakannya meneruskan rancangan mereka pergi berburu dan akan menyelesaikan mayat Jen selepas mereka pulang.

Jen tersedar dari pengsan rupa-rupanya dia tidak mati. Untuk melepaskan diri dari pokok tersebut Jen membakar pokok mati itu dan dia dpt melepaskan diri. Jen mendengar bunyi enjin jeep kepunyaan Richard dalam keadaan lemah Jen berusaha untuk sembunyi.  Semasa Richard melihat kembali dari atas gaung, badan Jen sudah tiada. Stan yang takut mengajak Richard menyerah diri. Tetapi Richard menolak.

Semasa mereka memeriksa kawasan pokok dimana tempat Jen jatuh. Mereka melihat banyak kesan darah. Mereka mengikut kesan darah sehinggalah mereka berhenti di kawasan oaisis  kerana jejak kesan darah Jen telah pun hilang mereka bertiga berpecah untuk mencari Jen. Ketika Dimitri sedang membuang air, Jen telah menyerang Dimitri tetapi gagal kerana senapang milik Dimitri tidak diletakkan peluru. Dimitri telah menyeksa Jen. Jen telah di selamkan di dalam air oleh Dimitri berkali-kali sehinggalah Jen dapat mengambil pisau di pinggang Dimitri dan menikam Dimitri sehingga Dimitri mati dan tenggelam kedalam air.

Jen mengambil ATV Dimitri dan barang – barang Dimitri. Di tengah-tengah jalan Atv tersebut mati. Jen bersembunyi di dalam sebuah gua. Di dalam gua Jen melihat keadaan dirinya yang sangat teruk ada sebatang kayu masih terpacak diperutnya. Dia teringat dadah yang dia simpan. Jen menggunkan dadah tersebut. Apabila Jen tidak merasakan sakit. Dia mengeluarkan kayu tersebut dan menutup luka dengan membakar kulit badannya.

Pada paginya Stan masih menunggu Dimitri pulang ketempat pertemuan mereka sehingga tertidur. Semasa dia sedang mencuci muka, tiba – tiba mayat Dimitri yang telah kembung muncul dihadapannya. Richard dan Stan menenggelamkan kembali Dimitri dengan memasukkan batu di dalam baju dan seluar Dimitri.

Didalam gua Jen mengalami halusinasi. Selepas itu dia terjaga dan mencari Stan dan Richard. Kini Jen yang akan memburu mangsanya iaitu Richard dan Stan.

Apakah nasib yang bakal menimpa Richard dan Stan? Dapakah Jen membalas dendam diatas perbuatan Stan, Richard dan Dimitri? Adakah Jen dapat keluar dari  padang pasir yang luas itu? Saksikan aksi Jen membalas dendam dalam ” REVENGE”

TRAILER

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 3

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI