HELLO GHOST(2010)-TUNAIKAN JE LAH PERMINTAAN HANTU TU!!

5
(1)

HELLO GHOST merupakan filem komedi Korea Selatan dikeluarkan pada tahun 2010. Filem ini diarahkan oleh Kim Young-tak yang turut memenangi anugerah Pengarah Baru Terbaik di 47th Baeksang Arts Awards untuk arahannya bagi filem ini.

Filem komedi yang turut mengusik jiwa penonton ini didokong oleh Cha Tae-hyun yang sebelum itu telah mencipta nama dalam filem lakonannya bertajuk My Sassy Girl (2001) bergandingan dengan pelakon popular iaitu  Jun Ji-hyun. Selain Cha Tae-hyun, HELLO GHOST turut dibintangi oleh Kang Ye-won, ko Chang-seok, Jang Young-nam, dan Chun Bo-geun.

Awas spoiler :

Filem ini memberi kita pelbagai rasa, dari gelak tawa hinggalah titisan air mata.

Seorang lelaki Sang Man (Cha Tae-hyun) sering mencuba untuk bunuh diri. Pelbagai cara dilakukannya supaya dia tiada lagi didunia ini.

Tapi setiap kali itulah, cubaan bunuh dirinya gagal.

Pada suatu hari, Sang Man terjun dari jambatan, dia dibawa ke hospital. Apabila tersedar, dia mendapati ada seorang lelaki sedang asyik menghisap rokok di sebelahnya.

Dia memberitahu kaki tangan hospital mengenai lelaki penghisap rokok ini, tapi malangnya tiada siapa yang nampak lelaki itu.

Sang Man kini pulang ke rumah. Semasa di hospital, ada 4 hantu menjelma di depannya. Hantu-hantu itu ikut pulang ke rumahnya.

Sang Man kian tertekan, dia berjumpa bomoh untuk menghalau hantu-hantu itu, tapi tidak berjaya.

Akhirnya Sang Man bersetuju untuk menunaikan hasrat hantu-hantu yang kini hidup bersamanya itu. Harapannya, semoga hantu tersebut boleh menjauh dan meninggalkannya.

Maka Sang Man berusaha menunaikan 4 permintaan.

Plot cerita bertambah menarik apabila semua hajat hantu ditunaikan,

Satu kebenaran yang tidak pernah difikirkan sang Man telah terungkai.

Hidupnya yang selama ini di sangka sia-sia sebenarnya sangat bermakna.

Siapakah hantu-hantu ini?
Apakah hajat mereka?
Bagaimana Sang Man sering terselamat setiap kali cuba membunuh diri?

Siapakah Sang Man?

HELLO GHOST bukan sekadar filem komedi biasa dari Korea Selatan. Babak-babak kelakar yang dipaparkan mampu bikin penonton ketawa senak perut, ketawa hingga mengalir air mata dan pasti cukup menghiburkan. Walaubagaimanapun, bukan elemen komedi yang membuatkan filem ini cukup menarik dan meninggalkan kesan di hati, semakin lama tontonan Kita akan disajikan dengan jalan cerita yang amat bijak. Plot yang makin menarik sewaktu penceritaan setiap sejarah hantu berempat dan hubung kait mereka dengan watak utama.

Setengah jam pertama filem ini masih buat penonton tertanya-tanya, namun selepas itu penonton akan dikejutkan dengan impak penceritaan dan akan membuat penonton setia menunggu di depan layar kaca.

Hampir separuh penceritaan filem ini akan membuatkan penonton berfikir ini adalah filem komedi, tapi jangan terkejut apabila kita disajikan dengan elemen melodrama yang agak meruntun perasaan hingga membuatkan air mata mengalir.

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 1

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI