1408

4.8
(4)

Title: 1408

 

Release Date: Jun 2007

Genre: Mystery/ Thriller

Mengisahkan Michael “ Mike” Enslin seorang penulis novel seram tentang hotel-hotel berhantu. Walaupun dia seorang penulis novel horror, dia tidak pernah percaya kewujudan hantu atau kejdian-kejadian pelik dan perkara-perkara yang karut.

Pada suatu hari, Mike mendapat poskad yang mempunyai gambar hotel di tengah-tengah New York iaitu hotel “Lexington Avenue” di poskad itu tertulis “ do not enter room 1408” jangan masuk ke bilik 1408. Disebabkan rasa ingin tahu dan tercabar dia pergi ke hotel tersebut dan eminta bilik 1408 itu.

Pengurus hotel seboleh-boleh tidak mahu Mike masuk ke bilik tersebut. Pengurus itu memberikan dokumen tentang kematian yang melibatkan bilik itu dan sepanjang 95 tahun tiada siapa yang mampu bertahan didalam itu lebih dari satu jam. Di dalam dokumen tersebut terdapat pelbagai gambar yang mengerikan mangsa-mangsa yang mati dibilik tersebut.

walaubagaimanapun Mike berkeras untuk memasuki bilik itu dia mengugut pengurus hotel itu bahawa dia akan mengambil tindakkan undang-undang. Dengan keadaan terpaksa pengurus hotel Lexing Avenue itu terpaksa memberikannya kunci bilik 1408.

Setelah masuk kedalam bilik itu, Mike merekod keterangannya tentang bilik itu. Terdapat pelbagai lukisan yang tergantung dibilik itu. Bilik itu seperti bilik hotel biasa yang mebosankan, tiada aktiviti paranormal yag berlaku. Sedang Mike leka merakam suaranya, tiba-tiba radio berbunyi. Semasa Mike melihat keluar tingkap tangannya telah tersepit dan tercedera. Dia menelefon “front desk” tetapi jawapannya tidak berjawab.didalam kekalutan itu mike telah terlanggar jam digital, jam digital dibilik itu bertukar kepada 60:00.

Dia cuba keluar tetapi pintu tidak dapat dibuka. Setelah Mike sedikit tenang dan merakam percakapnnya dia telah ternampak roh-roh pengunjung yang mati di bilik itu satu persatu. Roh-roh itu menunjukkan cara bagaimana mereka mati dibilik itu. Bukan setakat itu, Mike juga mendengar suara-suara pelik yang datang dari gambar lukisan dibilik itu dan dia juga melihat memori lalunya bersama mendiang anaknya dan bapanya yang sedang sakit. Mike yang cedera ingin keluar dari bilik itu tetapi tidak berjaya, dia cuba keluar dari saluran penghawa dingin tetapi gagal setelah ada entiti yang mengejarnya.

Setelah pelbagai cara mike gunakana untuk keluar dari bilik itu telah gagal. Kemudian dia nekad untuk kebilik sebelah menggunakan laluan luar bangunan. Dia bertarung nyawa berjalan di luar bangunan di tingkat 14 bangunan itu, tetapi malangnya dia tetap terperangkap di dalam bilik tersebut. Dia mendapat idea untuk menggunakan laptopnya untuk menghubungi bekas isterinya.. tetpi malng lagi sekali meniimpa Mike Laptopnya telah dihujani dengan sistem pancuran air dan membuatkan laptop Mike mati.

Dia memukul sistem air pancuran itu dan tiba-tiba suhu bilik 1408 itu telah turun kepada kosong darjah celcius. Untuk meneruskan hidup Mike membakar kertas-kertas dan buku. Dokumen yang pengurus hotel tersebut berikan juga turut dibakar. Tiba-tiba laptopnya hidup kembali dia mmendengar suara bekas isterinya. dia cuba bercakap dengan bekas isterinya tetapi hantu telah menyerupainya dan meminta bekas isterinya datang kebilik itu. Disebabkan marah Mike telah menghempas laptopnya

Tiba-tiba seluruh bilik itu bergegar setiap sudut bilik 1408 itu berpusing, gambar – gambr lukisan yang tergantung dibilik itu semua mengeluarkan suara dan bunyi. Mike yang tidak tahan telah memukul gambar sebuah kapal layar yang berada ditengah-tengah lautan. Disebabkan pukulan itu air dari dalamm gambar lukisan itu telah membuak keluar dari gambar lukisan itu dan membanjiri bilik itu. Mike yang tenggelam cuba mencari dasar tetapi tidak berjaya. Bilik itu telah bertukar menjadi sebuah lautan yang tiada dasar. Lama kelamaan Mike tenggelam.

Apakah akan terjadi kepada Mike selepas itu? Dapatkah Mike melepaskan dirinya dari bilik 1408?

TRAILER

 

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 4.8 / 5. KIRAAN BINTANG 4

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI