THE WITNESS (2018)

5
(5)

“Apa yang akan anda lakukan jika anda menyaksikan pembunuhan di luar rumah anda? Buat-buat tidak nampak atau lapor dekat polis?”

THE WITNESS sebuah filem thriller jenayah yang cukup menarik dan menegangkan bagi sesiapa sahaja yang menontonnya. Bukan sekadar cerita pembunuhan yang tipikal, tidak cliche, plot yang sangat asli, realistik, serta mencemaskan. Tidak perlu twist yang berlebihan pun sudah buat kita tidak senang duduk dari awal hingga akhir filem.

Suatu malam Sang-hoon (Lee Sung-Min) terdengar jeritan seorang wanita dan melihat seorang lelaki psiko memukul seorang wanita dengan tukul tanpa henti sehingga hancur wajah wanita itu! Tiba-tiba, si psiko tu menoleh ke arah jendela rumah Sang-hoon dan mereka berdua saling bertentang mata. Namun Sang-hoon tidak terus menghubungi polis ketika itu kerana perasaan panik dan takut. Pembunuh itu, bagaimanapun mula menggeledah apartmen tempat tinggal Sang-hoon untuk mencari dan cuba menghapuskan satu-satunya saksi kejadian pada malam itu.

Keesokan harinya, wanita itu ditemui mati. Sang-hoon yang masih panik dan dilema, tidak memberitahu Detektif yang sedang menyiasat kes tersebut tentang apa yang disaksikannya. Tidak lama kemudian, seorang lagi wanita yang menyaksikan pembunuhan tersebut mengajak Sang-hoon untuk melaporkan kejadian tersebut namun Sang-hoon berpura-pura tidak mengetahuinya kerana risau akan keselamatan keluarganya.

Akhirnya wanita tersebut turut dibunuh dengan kejam oleh si psiko itu. Sekali lagi Sang-hoon menjadi saksi kejadian itu dan hanya mampu melihat mayat wanita itu diheret dan disembunyikan oleh si psiko itu. DAN SEKALI LAGI! SI PSIKO ITU TERNAMPAK SANG-HOON MENYAKSIKAN KESELURUHAN KEJADIAN ITU DAN..(Anda perlu tonton sendiri filem ini kerana terlalu banyak aksi yang mencemaskan selepas itu. Tak cukup nafas Sang-hoon dibuatnya. Min pun ikut cemas sama! Min geram dan marah sangat seolah-olah nak join sekali dalam filem ini tolong si Sang-hoon tu! Bukan marah dengan si psiko itu tapi Sang-hoon! Boleh naik darah kita dibuatnya!

Mampukah Sang-hoon melindungi dirinya dan keluarganya dari si psiko itu? Ada persoalan lain yang bermain di minda min selepas tonton filem ini sebenarnya, apakah tindakan yang kita akan lakukan sekiranya kita menjadi saksi pembunuhan seperti ini? Adakah kita diamkan sahaja, melindungi diri sendiri atau membantu orang lain? Apa pendapat anda?

 

 

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 5

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI