MY LITTLE BABY, JAYA (2017) KISAH JENAYAH REMAJA

5
(2)

“Jaya! Jaya!”, Jeritan serta ratapan tangisan seorang ayah penghidap cerebral palsy yang baru kematian anak gadisnya angkara perbuatan kejam manusia!

Kebahagiaan seorang ayah yang menghidap cerebral palsy hancur berkecai apabila anak gadisnya menjadi mangsa buli rakan-rakan sekolah dan keganasan seksual sehingga membuatkan anaknya membunuh diri. Akhirnya, sang ayah mengambil tindakan sendiri setelah tiada sesiapa pun yang mempedulikan keluhan dan desakannya.

Sebuah kisah bertemakan jenayah remaja yang berbaloi untuk ditonton walaupun pengakhirannya bukanlah yang kita harapkan, namun kerana ia mengetengahkan isu dan masalah sosial serta gangguan seksual dikalangan remaja yang tidak berdaya mempertahankan maruah mereka dan bagaimana pula kesedaran masyarakat sekeliling melayan golongan penghidap cerebral palsy ini.

 

Bagaimanakah semua ini boleh berlaku kepada Jaya dan ayahnya??

 

My Little Baby, Jaya (2017) membawakan kita sebuah kisah suka duka Won-Sool (lakonan Kim Jeong-Kyoon) yang menghidap cerebral palsy dan anak gadisnya Jaya (lakonan Oh Ye-Sul). Jaya yang ditatang bagai minyak yang penuh oleh ayahnya merupakan seorang anak yang sangat taat dan mengasihi ayahnya.

Jaya bersekolah di sebuah sekolah yang berprestij di mana ia dimonopoli oleh golongan pelajar dari keluarga elit dan kaya. Jaya juga memiliki impian untuk berjaya dalam bidang nyanyian dan berharap dengan menunjukkan kebolehan yang dimilikinya, dapat membantu dia meneruskan bidang yang dia impikan.

Namun kebolehan yang dimilikinya membuatkan salah sorang pelajar lelaki yang popular menyukainya dan sesetengah pelajar merasa iri hati dan akhirnya Jaya menjadi mangsa buli oleh pelajar-pelajar yang ingin menjatuhkannya.

Bukan itu sahaja, ayahnya juga dihina dan diperlekehkan oleh rakan-rakan sekolahnya. Jaya yang tidak boleh menerima hinaan ke atas ayahnya, terus memukul rakannya itu.

Akibat dari kejadian itu, Jaya dibuang sekolah dan telah berpindah ke sekolah lain sambil bekerja separuh masa di sebuah mini market berdekatan dengan rumah yang baru disewanya.

 

Sehingga suatu hari, pihak sekolah lama Jaya mendapat aduan dari sekolah barunya yang rakan-rakan lamanya membulinya dan ini menyebabkan reputasi sekolah dan pelajar-pelajar tersebut tercalar.

Kerana rasa tidak puas hati dengan tindakan Jaya, rakan-rakan lamanya mencari dan memerangkap Jaya. Jaya dir0g0l bergilir-gilir oleh 4 pelajar lelaki dari sekolah lamanya.

Setelah kejadian itu, Jaya merahsiakannya dari pengetahuan ayahnya. Sudah ditimpa tangga, nasib buruk Jaya tidak terhenti disitu. Pelajar-pelajar lelaki tadi mengugut akan menyebarkan video ketika dia dir0g0l sekiranya Jaya tidak melayan nafsu mereka.

Sejak itu, setiap hari Jaya didatangi mereka dan “dikerjakan” secara bergilir-gilir sehingga pelajar-pelajar perempuan lain yang terlibat sama mula mengambil kesempatan ke atas Jaya. Jaya dipaksa melacurkan dirinya dan menyerahkan duit hasil “kerjanya” kepada mereka.

Akibat depresi dan sudah tidak tahan dengan perlakuan keji yang diterimanya, dia akhirnya membunuh diri dengan melompat dari jendela tingkap dirumahnya.

Suatu hari, majikan tempat kerja sambilan Jaya datang menemui ayah Jaya dan menyerahkan sebuah buku catatan yang dimiliki oleh Jaya. Dari catatan tersebut, sang ayah sangat marah, kecewa, menangis sekuat-kuatnya apabila mendapat tahu punca kematian anak kesayangannya itu.

Ayah Jaya tidak dapat menerima kematian Jaya begitu sahaja dan melaporkan ia kepada pihak sekolah dan pihak polis, namun tiada siapa yang mengendah keluhannya malah dia diperlekehkan.

Kasih seorang ayah dibawa mati dan bermula aaat itulah, sang ayah mengambil keputusan untuk bertindak sendiri dan membalas dendam terhadap kesemua pelakunya.

‼️AMARAN JIKA PERLU SKIP‼️

Terdapat 3 babak singkat yang menunjukkan Jaya dir0g0l pada jam/minit ke 1:03:35 -1.03.50, 1:21:45 -1.21.50 dan 1:27:01-1:27:09 (flash back)

Filem ini anda boleh saksikan di YouTube dan tidak sesuai untuk tontonan umum dan anak-anak bawah umur.

 

REVIEW RINGKAS

Menonton kisah ini bukanlah sesuatu yang menghiburkan namun ia mampu membuka mata hati kita yang kisah seperti ini bukanlah isu yang patut diambil ringan oleh mana-mana sistem pendidikan dan pengadilan di sesebuah negara. Dalam masa yang sama, melalui tindakan yang Jaya ambil iaitu memilih untuk mendiamkan sahaja perkara ini juga sesuatu yang perlu kita ambil iktibar walaupun melihat dari status dan situasi semasa yang dialami Jaya menghalangnya dari menuntut keadilan keatas dirinya sendiri. Namun sebagai mangsa, kita sepatutnya perlu bangkit dan melawan semula, bukannya hanya pasrah dan menyerahkan diri begitu sahaja. Kadang kita terpaksa mengambil risiko dan bertindak sendiri jika itu adalah jalan terakhir. “ACTION TALK LOUDER THAN WORDS!”

 

TRAILER

 

 

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 2

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI