FLIGHT CREW 2016 REVIEW

4.7
(3)

“FLIGHT CREW (2016) – Mereka ditugaskan untuk satu misi menyelamat di sebuah Pulau di Kanwoo yang terkenal sebagai pusat peranginan yang dikelilingi dengan Gunung Berapi. Di mana pulau tersebut hampir musnah dan hancur apabila berlakunya gempa bumi dan gunung mula meletus dan mengeluarkan lava nya yang sangat dahsyat!

Babak minit ke 1:35:20 sangat sebak dan babak yang PALING KEMUNCAK DAN GILA adalah apabila mereka perlu memindahkan semua krew dan penumpang dari satu kapal ke kapal lain ketika sedang terbang diruang udara! Sungguh tidak dapat diterima akal! Anyway, it just a film, who cares! Yang penting memang sangat mencemaskan dan mengerikan!

Namun, mampukah mereka semua melalui saat² getir itu dengan selamat sebelum salah satu kapal tersebut terhempas? Dan dapatkah mereka semua kembali dengan selamat? HIDUP MATI MEREKA HANYA BERGANTUNG KEPADA SEORANG “FLIGHT CREW”, GUSHCHIN

Sepanjang 2 jam 18 minit, untuk 50 minit pertama, plot filem ini agak perlahan tapi masih menghiburkan dan tidak membosankan kerana kita akan disajikan dengan pengenalan karakter-karakter, kisah romantik, keluarga, dan fokus terbesar adalah watak utama filem ini iaitu GUSHCHIN yang merupakan pilot kapal tentera kargo sebelum ini. GUSHCHIN yang keras kepala, degil namun seorang pilot yang sangat prihatin dan penuh semangat!

Jujur kata, ini adalah salah satu filem bertema Disaster yang melibatkan kapal terbang YANG TERBAIK I pernah tonton selain daripada SULLY (2016) dan FLIGHT (2012). Kenapa? Sebab filem ini digarap dengan baik dari segi penyampaian kisah tentang keberanian dan pengorbanan manusia, sifat kasih mengasihi sesama manusia tanpa mengenal latar belakang, cukup emosi tapi menarik dan memberi inspirasi!

Filem ini juga telah merangkul beberapa anugerah dari Golden Eagle Awards, Russia (2017) seperi BEST VISUAL EFFECT, BEST SUPPORTING ACTOR, BEST FILM EDITING, BEST SOUND dan BEST MUSIC

 

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 4.7 / 5. KIRAAN BINTANG 3

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI