KERANA EMAS FILEM TERBARU ZAC EFRON (GOLD)

4.3
(3)

KERANA EMAS!!

Suka cerita ini, memaparkan sisi watak lain Zac Efron. Kekuatan plot filem ini adalah Zac Efron sendiri. Perjuangan yang penuh epik untuk meneruskan hidupnya yang hampir ke ambang maut, dibiarkan berseorangan di padang jarak padang tekukur.

Tanpa makanan dan air yang cukup, tanpa tempat berlindung yang selamat, terdedah pelbagai ancaman alam dan binatang buas..bukan itu sahaja.. ancaman paling besar sedang menanti dia.. memerhatikan dia..filem yang sangat UNIK, KREATIF, BERIMAGINASI, EMOTIONAL DAN “MESSAGGE YANG SANGAT POWERFUL” di akhir cerita … SEMUANYA KERANA EMAS!

Tidak sesuai untuk anda yang sukakan filem rancak ya kerana filem ini mempunyai pacing cerita yang agak perlahan kerana ia benar-benar mengfokuskan watak Zac Efron disamping 4 watak lain. Karakter yang sangat realistik!

Namun sis sangat suka dengan tema filem seperti ini. Membuatkan kita berfikir..apa yang akan berlaku seterusnya dan seterusnya dan akhirnya satu kejutan dihujung cerita ! Terasa berbaloi 90 minit setelah itu! Dan sis rasa puas hati walaupun agak kecewa sedikit. Jika anda ingin tonton filem yang memaparkan sisi lain Zac Efron dengan jalan cerita yang unik ..silalah tonton filem ini.

GOLD adalah film thriller yang bertemakan “SURVIVAL” yang telah mula ditayangkan sejak 13 Januari 2022. Filem dimulakan dengan dua lelaki yang saling tidak mengenali yang kemudian telah menemukan sebuah bongkah emas yang besar tertimbus di bawah batu-batu besar lain di sebuah kawasan gurun yang kering kontang saat mereka sedang berehat dari perjalanan yang jauh.

Disebabkan bongkahan emas itu agak besar, mereka perlu mencari peralatan untuk mengeluarkan bongkahan emas tersebut.

Salah seorang dari mereka pergi mencari alat untuk menggali dan seorang lagi kena tunggu dan menjaga emas tersebut agar tidak ditemui orang lain.

Setelah itu, mereka berdua hanya berkomunikasi melalui walkie-talkie. Sambil Zac menunggu, Zac terpaksa melalui hari-hari yang sangat sukar berseorangan di gurun yang umpama padang jarak padang tekukur itu. Apakah yang bakal menanti dihadapan Zac seterusnya? Anda perlu saksikan ia sendiri.

Rating peribadi sis untuk filem ini adalah 8/10⭐⭐⭐⭐.

TRAILER

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 4.3 / 5. KIRAAN BINTANG 3

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI