“SWEET RIVER” HORROR MYSTERY

4
(2)

“Benarkah orang yang telah meninggalkan dunia fana ini akan kembali menjenguk kita semula setelah kematian mereka?”

SWEET RIVER (2020) – 4 orang kanak² menjadi mangsa pembunuh bersiri namun salah seorang dari kanak² itu mayatnya masih tidak ditemui dan membuatkan sang Ibu yang masih tidak boleh “move on” dengan kehilangan/kematian anaknya kembali untuk mencari jasad anaknya itu.”

Satu tragedi hitam dan paling suram pernah berlaku di bandar Billins yang dipenuhi dengan tanaman pokok tebu menyebabkan seorang Ibu kemurungan, Hanna (Lisa Kay) kembali ke bandar tersebut untuk menyiasat dan mencari jasad anaknya yang masih tidak ditemui setelah kejadian ngeri yang menimpa 4 orang kanak² sebelum ini.

Kehadiran Hanna di bandar tersebut mencetuskan rasa tidak senang hati penduduk disekitarnya. Kerana mereka tahu Hanna akan mengganggu apa yang mereka “USAHAKAN” dan “SEMBUNYIKAN” selama ini.

Namun sifat naluri seorang ibu tidak ada siapapun dapat sangkal kerana Hanna tahu jasad anaknya masih berada “DISITU”…dan misteri kehadiran anak² kecil yang berlarian di atas bumbung rumah dan kawasan tanaman tebu menguatkan lagi firasat Hanna.

 

REVIEW RINGKAS:

Walaupun babak² awal sub-plotnya berjalan agak perlahan, namun sedikit demi sedikit misteri yang disembunyikan oleh penduduk Billins mula terungkap itulah yang akan membuatkan kita mula mengfokuskan semula setiap kejadian dan misteri itu saling berhubung kait.

Yang paling menariknya, kita tidak akan dapat menjangka bahawa setiap kejadian itu berlaku seperti itu..yang akhirnya membuatkan sis berbisik sendiri:” OMG..rupanya…??!”. Dan pengakhiran yang sangat menyentuh hati dan mampu menjentik hati kecil sis sebagai seorang ibu.

Terdetik di hati kecil sis, adakah sis juga akan melakukan hal yang sama seperti Hanna? Begitulah kasih seorang ibu hingga ke hujung dunia, hujung nyawa yang tiada akhirnya…?

Saksikan trailer nya di

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 4 / 5. KIRAAN BINTANG 2

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI