PELAKON CILIK TITANIC MASIH TERIMA ROYALTI

5
(1)

Seorang pelakon kanak-kanak dari filem Titanic (1997) yang kini sudah berusia 30 Tahun dikhabarkan masih menerima cek royalti lakonannya sehingga ke hari ini!

Anda boleh baca petikan berita tersebut di bawah.

Washington: Reece Thompson, pemuda Amerika Syarikat (AS) yang pernah terkenal dengan watak sebagai ‘budak kecil Ireland’ dalam filem Titanic mendedahkan masih meraih pendapatan hasil lakonannya itu, sejak 25 tahun lalu.

Mirror UK melaporkan, Thompson, 30, hanya berusia lima tahun ketika dia melakonkan watak penumpang kelas tiga yang meninggal secara tragis bersama ibu dan kakaknya dalam filem ditayangkan pada 1997 itu.

Dalam babak berkenaan, Thompson, ibu dan kakaknya antara ramai penumpang lain yang menunggu pintu pagar utama kelas tiga dibuka, lapor Belfast Live.

Bagaimanapun, keluarga itu tidak pernah sampai ke bot penyelamat dan kemudian dilihat di kabin mereka di mana mereka bertiga mati.

Walaupun peranannya dalam filem itu kecil, namun babak dilakonkan agak sedih kerana menggambarkan betapa ramai penumpang Titanic kelas tiga yang maut dalam tragedi itu.

Kini, Thompson adalah pengarah pemasaran digital di Brian Head Resort, kemudahan ski dan luncur salji di Utah.

Walaupun tidak begitu mengingati pengalaman ketika menjalani penggambaran filem berkenaan, sumbangannya masih dihargai apabila menerima cek royalti setiap tahun.

Anda boleh baca berita penuh di sini

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 1

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI