50 Cent Bayar Nafkah Anak 500 Ribu

0
(0)

50 Cent, penyanyi hip-hop popular Amerika, rapper, pelakon, penerbit televisyen dan ahli perniagaan atau nama sebenarnya Curtis James Jackson, terkenal dengan beberapa lagu hit seperti “In Da Club,” membuat pendedahan yang mengejutkan.

 

Dalam sebuah temu bual, rapper itu mendedahkan bahawa dia pernah memberi nafkah anaknya $500k. 50 Cent menegaskan bahawa dia pada mulanya membayar ibu kepada Marquise, bekas teman wanitanya Shaniqua Tompkins, $500,000 setahun, namun dia masih menuntut lebih dari itu.

 

Ketika itulah dia membawa perkara itu ke mahkamah dan diperintahkan membayar hanya $6,700 sebulan (hampir $81,000 setahun) sebagai nafkah anak.

Berikut merupakan kenyataan beliau;

 

“Saya memberi ibu kepada anak saya, Shaniqua Tompkîns $500k setahun ($40k sebulan) dan dia berkata itu tidak mencukupi, jadi saya membawa diri saya ke mahkamah dan mahkamah mengeluarkan arahan bahawa saya harus memberinya $6700.”

 

“Saya tidak mencari wang semata-mata untuk wanita dan tiada lelaki sepatutnya membenarkan wanita mengeksploitasi mereka. Ibu kepada anak saya berasa dia ada hak untuk mendapatkan wang saya.”

“Saya memberinya $500k setahun, tetapi dia masih mengharapkan lebih. Kemudian saya memutuskan untuk membuatnya melihat bahawa saya hanya melakukan kebajikan kepadanya.”

 

“Jadi saya membuat keputusan untuk membawa perkara ini ke mahkamah dan melaporkan saya telah memberikan nafkah anak lebih dari yang sepatutnya.”

“Tiada wanita harus bergantung pada lelaki kerana semua orang boleh bekerja. Duit laki awak bukan duit awak.”

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 0 / 5. KIRAAN BINTANG 0

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI