THE ORPHANAGE (EL ORFANATO) – SEBUAH KEJUTAN DI PENGAKHIRAN

5
(1)

THE ORPHANAGE atau dalam bahasa Sepanyol EL ORFANATO  adalah filem Sepanyol yang dikeluarkan pada tahun 2007. Filem supernatural-seram dan thriller ini bukanlah sekadar sebuah filem seram. Filem yang agak mengganggu perasaan kerana plotnya yang tidak terjangkau akal.

Filem ini diarahkan oleh pengarah filem tersohor iaitu Guillermo del Toro yang telah memenangi Academy Award untuk dua buah filemnya iaitu Pan’s Labyrinth dan The Shape of Water. Selain itu Guillermo del Toro juga terkenal dengan karya-karya lain seperti Blade 2, Hellboy dan Pacific Rim.

THE ORPHANAGE adalah filem seram yang cukup baik, pastinya tidak menyajikan babak-babak seram wajah hantu yang memualkan tapi adegan yang ringkas yang mampu memberi sensasi menakutkan dan suspens. Tidak perlu jelmaan hantu atau roh yang manakutkan untuk sebuah filem genius seperti ini. Pastinya filem ini lebih kepada elemen supernatural berbanding elemen seram yang menakutkan.

Awas spoiler :

Laura (Belèn Rueda) kini hidup bahagia bersama suami dan anak angkat mereka yang bernama Simòn. Laura dahulunya membesar di rumah anak yatim dan dijadikan anak angkat. Simòn tidak mengetahui bahawa dia adalah anak angkat dan ibu bapanya juga merahsiakan tentang penyakit bahaya yang dihidapi Simòn.

Simòn anak kesayangan itu mempunyai kawan-kawan khayalan. Laura sering bimbang dengan keadaan Simòn yang sering berhubung dengan rakan khayalan,namun suaminya menegaskan itu adalah perkara biasa.

Laura dan Simòn bercadang untuk mengambil alih rumah anak yatim yang dahulunya didiami oleh Laura dan akan membangunkan rumah itu untuk menjaga anak-anak kurang upaya.

Semenjak Laura dan keluarga kecilnya berpindah ke rumah tersebut, Simòn mendakwa dia didekati lebih ramai kawan khayalan. Pada suatu hari Laura bertengkar dengan Simòn kesayangannya, selepas kejadian tersebut Simòn terus hilang tidak dapat dikesan.

Simòn hilang selama berbulan lamanya, pelbagai cara dilakukan oleh Laura dan suaminya untuk mengesan Simòn. Sehinggalah mereka berjumpa dengan perawat supernatural dan rahsia digali lebih dalam.

Filem yang merobek-robek jiwa bukan sekadar sebuah filem seram supernatural.

 

 

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 1

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI