CHIMERA(2021)

4.8
(25)

Peminat-peminat genre jenayah dan thriller pastinya tidak mahu melepaskan peluang untuk menonton drama bersiri Korea Chimera.

Drama yang kini ditayangkan di Viu Malaysia hampir ke penghujung, debar makin terasa untuk setiap episod.

Drama 16 episod ini bakal buat jantung anda berdebar. Jenayah, thriller, penyiasatan merupakan genre yang dibawa dalam kdrama CHIMERA Kali ini.

CHIMERA merupakan makhluk mengerikan , makhluk mitos yang memakan manusia. Makhluk chimera ini digunakan sebagai lambang oleh seorang pembunuh bersiri, menceritakan tentang kehadirannya untuk membalas dendam pada musuh-musuh lamanya.

Chimera menghancurkan musuhnya dengan api yang marak membakar, begitulah cara dia membunuh setiap mangsa. Terbakar! Rentung! Tragis!!

Mengenengahkan pelakon Squid Game , Park Hae Soo sebagai bintang utama bergandingan dengan bintang antarabangsa Kim Soo Hyun .

Sebuah drama penyiasatan dan jenayah yang memaparkan dendam kesumat sebagai senjata untuk membunuh!
Penemuan satu mayat yang rentung terbakar dalam sebuah kereta, membuka mata pihak berkuasa bahawa ada sebuah kes lama yang sedang menghantui mereka Kali ini.

Setiap petualang kini perlu bertahan, menunggu giliran untuk menjadi mangsa CHIMERA.

Sesungguhnya masa tidak dapat membasuh dosa silam,tidak menghakis dendam yang telah sekian lama terpendam!

Wajib tonton!!!

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 4.8 / 5. KIRAAN BINTANG 25

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI