ALONE (2007)

4
(1)

Jika anda adalah peminat HORROR THAILAND, silalah tonton filem “ALONE (2007)” ini, dari pengarah yang sama filem seram “Shutter”.

Bagi yang belum tahu, ALONE versi Thailand ini adalah versi asal yang kemudian dijadikan remake kepada ALONE versi-versi lain dari negara lain. Setakat ini min hanya pernah tonton versi Thailand dan Bollywood yang dilakonkan oleh Bipasha Basu.

Untuk permulaan filem ini sudah cukup menyeramkan ditambah dengan soundtrack dan visual bayi siam yang dilahirkan dalam keadaan melekat satu sama lain samada kepala atau badan. Meremang min sekejap apatah lagi menggunakan “earphone”. Fuhh! Build up filem nya yang slow and steady itu sangat kena dengan atmosphere nya ketika itu, A+ min beri untuk “Intro”.

Filem dimulakan dimana seorang wanita sedang menjahit sepasang gaun bayi perempuan yang dijahit secara bersambung (untuk bayi kembar Siam). Kemudian kita akan dibawa ke babak lain berlatarbelakangkan negara Korea dimana sepasang suami isteri Wee dan Pim sedang meraikan ulang tahun bersama rakan-rakan mereka dengan begitu meriahnya.

Namun kemeriahan itu bertukar menjadi suasana suram seketika apabila salah seorang rakan Pim yang pandai menilik nasib menggunakan daun terup mengatakan yang Pim bakal didatangi sesuatu atau seseorang yang dia pernah kehilangan sebelum ini, namun Pim menafikan yang dia pernah kehilangan apa-apa atau sesiapun sebelum ini.

Tidak lama kemudian Pim mendapat panggilan yang Ibunya sedang sakit tenat dan telah diserang strok. Keesokkannya Wee dan Pim pun terbang pulang semula ke Thailand.

Namun kepulangan Pim ke Thailand bukanlah sesuatu yang baik dimana dia mula dibayangi dan dihantui oleh kembarnya yang bernama Ploy. Di babak ini, kita akan ditunjukkan yang Ploy sebenarnya telah meninggal dunia ketika pembedahan memisahkan badan Pim dan Ploy dilakukan saat mereka masih remaja lagi.

 

Apa yang menakutkan dan mendebarkan lagi, Wee juga mula dibayangi dengan penampakan roh Ploy dan kelihatan roh Ploy begitu marah. Kemudian misteri kemunculan Ploy hampir terungkap apabila Ibu Pim yang sedang nazak itu cuba memberitahu sesuatu kepada Wee sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Ketika inilah saat-saat paling mencengkam dan mendebarkan terjadi sebaik sahaja Wee menemui kuburan Ploy! Apakah misteri di sebalik kematian Ploy yang telah disembunyikan ibu si kembar ini?

 

Jom kita layan trailernya

 

 

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 4 / 5. KIRAAN BINTANG 1

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI