5 Drama Korea 2023 yang Paling Meletup, Pelbagai Genre

0
(0)

Sepanjang tahun 2023, banyak drama Korea dengan cerita-cerita menarik yang telah ditayangkan. Menampilkan pelbagai jenis genre sehingga boleh dipilih mengikut minat para penonton.

 

Selain itu, terdapat drama dengan genre aksi dan juga romantik. Pilihan pelbagai jenis genre membuatkan hidangan tontonan lebih menarik. Berikut ini adalah lima buah drama Korea yang paling hits dan meletup pada tahun 2023. 



  1. Taxi Driver 2

 

Taxi Driver 2 adalah sambungan Taxi Driver musim pertama yang ditayangkan pada tahun 2021. Drama tersebut sangat popular kerana dibintangi oleh Lee Je Hoon, Kim Eui Sung, Hyuk Jin, Pyo Ye Jin dan para pelakon terkenal lain.

Tidak jauh berbeza dengan siri pertama, drama ini juga menghidangkan aksi balas dendam oleh pasukan Do Ki. Lebih menarik lagi, terdapat tambahan watak lain yang membuatkan jalan cerita semakin menarik.



  1. King The Land

 

Drama yang dibintangi oleh Yoona SNSD dan ditayangkan di Netflix ini tersenarai sebagai salah sebuah drama Korea paling popular pada tahun 2023. Di episod terakhir, King The Land meraih rating sebanyak 12% menurut Nielsen Korea.

Drama ini menceritakan tentang kehidupan lelaki konglomerat terkenal yang bernama Goo Won yang bertemu dengan pekerjanya Cheon Sa Rang. Walau pada awalnya pertemuan mereka tampak agak janggal, tetapi mereka akhirnya cuba untuk mencari kebahagiaan bersama.



  1. Strong Girl Nam Soon

 

Drama hits pada tahun 2023 seterusnya adalah Strong Girl Nam Soon yang ditayangkan di Netflix. Drama tersebut pernah mendapat rating 9.8% untuk episod yang ditayangkan pada 15 Oktober 2023. Angka itu merupakan rating paling tinggi yang diperolehi dalam lapan episod pertama sejak ditayangkan pada 7 Oktober 2023.

Strong Girl Nam Soon merupakan spin-off drama Strong Girl Do Bong Soon yang dibintangi oleh Park Bo Young. Sementara itu, Strong Girl Nam Soon mengisahkan tentang Gang Nam Soon, sepupu kepada Do Bong Soon yang hilang semasa masih kecil sewaktu melancong ke Mongolia.

 

Apabila Gang Nam Soon menginjak usia dewasa, dia kembali ke Korea Selatan untuk mencari ibu bapanya. 



  1. Arthdal Chronicles: The Sword of Aramun

 

Arthdal Chronicles: The Sword of Aramun merupakan sambungan drama Arthdal Chronicles yang ditayangkan pada tahun 2019. Untuk musim kedua ini, terdapat beberapa orang bintang popular yang tampil sebagai pelakon utama seperti Lee Joon Gi, Shin Se Kyung, Jang Dong Gun dan juga Kim Ok Vin.

Sekuel drama ini menceritakan tentang peristiwa di kerajaan Arthdal sekitar satu dekad selepas peristiwa yang berlaku pada episod akhir musim pertama. Kerajaan Arthdal yang dipimpin oleh Ta Gon dan suku Wahan yang dipimpin oleh Eun Seom menghadapi tentangan besar yang tidak dapat dielakkan.



  1. The Good Bad Mother

 

Drama Korea yang bertemakan tentang keluarga ini berjumlah 14 episod semuanya dan ditayangkan di Netflix. Drama yang dibintangi oleh Ra Mi Ran, Lee Do Hyun, dan Yoo In Soo ini berjaya meraih rating 8.4/10 dari laman IMDb.

Drama ini mengisahkan tentang seorang ibu tunggal dan anaknya iaitu Kang Ho yang akhirnya menjadi seorang pendakwa raya yang hebat dan terkenal. Namun selepas menjadi pendakwa raya, Kang Ho berubah menjadi dingin dan dia mengalami kemalangan jalan raya hingga mengakibatkan dia hilang ingatan dan kembali seperti kanak-kanak berusia tujuh tahun.









RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 0 / 5. KIRAAN BINTANG 0

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI