THE INVITATION (2022) Horror Supernatural

4
(2)

“Kerana DNA, nyawa menjadi taruhan..”

Filem bergenre HORROR SUPERNATURAL ini adalah adaptasi dari sebuah novel berkisarkan Drakula hasil karya dari Bram Stoker.

Al-kisahnya Evie (Nathalie Emmanuel) ini sedang mencari sisa baki jalur keturunan keluarga yang dia tidak ketahui melalui satu program DNA. Melalui program ini, Evie pun dapat dikesan dan mengesan salasiah keluarganya yang dari keturunan Alexander di England.

Mengetahui yang Evie merupakan satu-satunya keturunan perempuan yang ada dalam keluarga Alexander, membuatkan pemilik rumah agam mewah Walter (Thomas Doherty) begitu teruja untuk menemui Evie dan Evie dilayan bak puteri yang baru turun dari kayangan..haa gitewww!

Satu malam..tiba-tiba Evie dilamar untuk menjadi isteri No.3 Walter guys! Evie punya terkejut sampai rasa sesak nafas dekat ruang makan tempat seluruh kerabat keluarga 3 jalur keturunan yang datang berkumpul untuk meraihkan perkahwinan yang bakal dilangsungkan tanpa pengetahuan Evie!

Masalahnya…apa motif Walter melamar Evie secara tiba-tiba?? Apa kaitannya Walter ini dengan Evie sedangkan pada mulanya mereka tiada hubung kait dalam salasiah keluarga Alexander?? Dan dapatkah Evie melepaskan diri dari perkahwinan yang penuh misteri itu??

Sis terhibur, suka jalan ceritanya dan props serta sinematografi yang digunakan di rumah agam dalam filem ini..cuma masih ada kekurangan dari segi plot cerita yang bagi sis kurang thrill..sebab tu sis bagi 7/10 sahaja.

Cuma sis ada lah rasa kagum seketika dengan watak Drakula yang sangat “charming” bagi sis ?..sampai ke ending filem sis ada rasa terkilan be liked..ala nape dia jadi macam tu macam ni..kan best kalau ending ceritanya jadi seperti apa yang sis “bayangkan”..? haa gitewww! Terus sis goggle filem apa yang dia pernah berlakon? serius memang gothic gila watak drakulanya..rindu terus kat siri The Vampire Diaries dan The Originals?.

 

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 4 / 5. KIRAAN BINTANG 2

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI