Mumun (2022)

4
(1)

“Dipercayai Mumun merupakan sebuah kisah legenda dan sejarah legenda Mumun ini juga memiliki kisah misterinya sendiri. Mumun suka muncul di daerah Jambore Cibubur di Jakarta. Namun dalam lagenda ini, Mumun yang sebenar bukanlah pocong tetapi seorang wanita yang sangat lawa dan seksi. Mumun dikatakan suka mengajak lelaki menghantarnya pulang tetapi bila sedar keesokkan paginya lelaki tersebut dijumpai sedang memeluk pokok getah atau batu seolah-olah sedang melakukan hubungan seksual.”

Filem ini diambil dengan tajuk MUMUN kerana kisah tragisnya ada sedikit persamaan dengan apa yang berlaku terhadap Lagenda Mumun yang sebenar.

Filem ini mengisahkan sepasang kembar serupa beradik bernama Mumun dan Mimin (lakonan Acha Septriasa) dimana Mumun tinggal di kampung bersama Ibu dan Ayahnya manakala Mimin bekerja di kota.

Suatu hari Mimin harus pulang ke kampung kerana Mumun telah meninggal dunia. Kematian Mumun pula dianggap sebagai satu kemalangan kerana tiada saksi mata mengetahui kejadian sebenar yang menimpa Mumun.

Setelah jenazah Mumun selamat dikebumikan. Tiba-tiba si penggali dan penjaga kubur Pak Husein teringat yang dia terlupa membuka tali ikatan kain kapan kepala Mumun.

Malam itu juga, Pak Husein mula dikejar dan dihantui kemunculan POCONG MUMUN!

“Pak..tolong bukakan tali pocongnya Pak…”, Pocong Mumun merayu dengan lembut tetapi dengan nada yang menyeramkan!

Hal penampakan Pocong Mumun telah menggemparkan seluruh penduduk kampung dan ini membuatkan Mimin dan Junid kekasih kepada Mumun merasa curiga jika kebangkitan pocong Mumun yang bergentayangan adalah kerana ada “urusan dunia” Mumun yang belum selesai lagi.

Dalam masa yang sama Mimin juga menjadi sasaran geng lelaki yang juga mengenali Mumun. Mimin dianggap sebagai punca kematian Mumun.

Apa sebenarnya yang Mimin telah lakukan sehingga mereka berdua dikaitkan dengan geng lelaki tersebut.

IMDb Rating 6.5/10
Rating Peribadi 6/10

REVIEW:

Jalan cerita yang menarik, tidak meleret-leret. Sedikit elemen seram dan telatah-telatah komedi yang menghiburkan dari watak-watak sampingan. Lama tak tengok Acha berlakon, terubat sikit rindu!

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 4 / 5. KIRAAN BINTANG 1

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI