Her 2013

0
(0)

Satu lagi masterpiece oleh Joaquin Phoenix

Cerita mengenai Theodore seorang yang kesepian, tidak pandai bergaul dengan orang dan tertekan kerana isu cerai dia dengan isteri.

Dalam menjalani kehidupan dia yang biasa, Theodore tertarik dengan satu OS (operating system) yang baru. Ia adalah OS yang menggunakan kelebihan AI dan voice recognition untuk meramal dan melaksanakan perintah pengguna. Di sini, OS Theodore dinamakan Samantha.

 

Theodore dan Samantha kemudiannya menjadi semakin rapat, seakan teman sejati yang sentiasa di sampingan. Kemudian, Theodore beranikan diri dan mengajak isterinya Catherine untuk menangani surat penceraian. Apabila Catherine mengetahui bahawa Samantha hanyalah OS, dia memarahi Theodore dan seakan membangunkan dia dari khayalan.

Di tempat kerja, Paul dengan teman wanitanya menjemput Theodore dan Samantha keluar dating bersama-sama. Tetapi kerana Theodore tersedar, dia tidak dapat memberikan janji kepada Paul.

Theodore semakin menjauhi dirinya dari Samantha. Tetapi perasaan mereka berdua amat kukuh dan Theodore menerima Samantha balik dalam kehidupannya. Sehingga suatu hari Theodore menyedari Samantha adalah satu OS yang dimiliki oleh ramai orang, maka Samantha juga menjalin hubungan dengan orang lain.

Akhirnya, Samantha beredar pergi dari kehidupan Theodore.

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 0 / 5. KIRAAN BINTANG 0

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI