SPENCER (2021) – TRAGEDI PRINCESS OF WALES

5
(4)

SPENCER pastinya sebuah karya yang bakal mengangkat bakat dan nama Kristen Stewart. Ternyata namanya telah tercalon untuk Anugerah Pelakon Wanita Terbaik Oscar tahun hadapan.

Sebuah kisah yang penuh tragedi. Kisah sejarah biografi yang berlandaskan kesedihan dan masalah mental Puteri Diana sewaktu rumah tangganya di ambang kemusnahan.

Kristen Stewart ternyata berjaya membawa watak Diana yang moody sepanjang filem ini berlangsung. Tiada kisah dongeng puteri raja bahagia di taman bunga dan suami penyayang. Tragedi seorang wanita yang keseorangan dan kesunyian.

Berkahwin dengan putera raja paling terkenal di dunia ternyata bukanlah satu kebahagiaan. Protokol, acara rasmi, dan segalanya terlihat asing buat Diana. Tambah pula dia sudah dapat menghidu bahawa suaminya berlaku curang.

Awas spoiler :

Filem ini berlatarkan musim Krismas pada tahun 1991 bertempat di salah sebuah kediaman diraja British iaitu di Sandringham Estate. Menjadi kebiasaan keluarga diraja British untuk menyambut Krismas di sana.

Diana dipamerkan sebagai seorang yang sering lewat ke setiap acara keluarga diraja tersebut. Tidak suka bergaul dengan para kerabat dan sering menyendiri.

Kristen Stewart berjaya membawa watak seorang isteri kesunyian yang merindui figura sang suami. Berperang dengan masalah mental, bulimia dan tekanan kerana suami yang curang dan kehidupan diraja yang membebankan. Diana terlihat sering berhalusinasi dan cuba melepaskan diri dari kawalan ketat keluarga diraja tersebut.

Diana dalam apa cara sekalipun cuba melindungi putera-puteranya dari resam dan adat diraja yang baginya terlalu memaksa dan keras buat putera-puteranya.

Filem yang berjaya membawa penonton merasakan sama gejolak perasaan Diana yang ingin bebas dari perkahwinannya bersama Charles dan ingin lari jauh dari kehidupan diraja.

Indah di mata manusia, neraka di mata Diana.

 

 

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 4

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI