TRIVIA & FILEM – FILEM TERBAIK SUZZANNA

5
(4)

Suzanna atau nama sebenarnya Suzanna Martha Frederika Van Oseh adalah seorang pelaon Indonesia yang digelar “Ratu Filem Seram Indonesia”.

 

Beliau telah dilahirkan pada 13 Oktober 1942 di Bagor Indonesia. Suzanna dikurniakan 3 orang cahaya mata sepanjang perkahwinannya.

Beliau telah meninggal dunia pada 15 oktober 2008 ketik umurnya 66 tahun.

Suzanna telah berlakon dalam lebih 40 filem sepanjang pengelibatannya di dalam dunia seni. Filem pertamanya ialah “Darah dan Doa” yang ditayangkan pada tahun 1950.

Disini terdapat 7 filem Suzanna paling popular yang kita sentiasa ingat. kemungkinan besar ada diantara penonton yang pernah menonton filem-fille Suzanna di zaman kanak-kanak dan takut untuk bangun malam untuk pergi ke tandas seorang diri.

SUNDELBOLONG (1981)

Seorang wanita muda telah dibunuh oleh beberapa orang perompak yang ingin merompak rumahnya ketika suaminya keluar bekerja waktu malam. Dia telah dibunuh dan ditanam didalam sebuah kubur didalam hutan. Wanita tersebut bangkit dari kuburnya dan menjadi Sundelbolong yang bergentayangan mencari pembunuhnya.

MALAM SATU SURO (1988)

Satu mayat wanita telah dihidupkan di sebuah hutan oleh sepasang pasangan bomoh. Selepas bangkit mayat itu dipakukan ditengkoknya, lalu menjadi manusia. Wanita itu telah menjadi anak angkat pasangan bomoh tersebut. Seorang lelaki bandar telah masuk ke hutan dan bertemu wanita tersebut dan ingin berkahwin dengannya. Selepas berkahwin wanita itu telah duduk dibandar. Perniagaan lelaki itu juga semakin maju. Pada hari rumah mereka telah di pecah masuk oleh orang suruhan musuh perniagaan suaminya. Wanita itu telah dibunuh anak didalam kandungannya juga mati dan dikuburkan didalam hutan. Wanita tersebut telah muncul menjadi hantu untuk membalas dendam keatas kematiannya.

PERKAHWINAN NYI BLORONG (1983)

Mengisahkan percintaan Nyi Blorong dan Tejo Arum dimana semasa majlis hari perkahwinannya telah diserang oleh Prabu Dewacenkar. Untuk menyelamatkan anaknya, Roro Kidul telah membantu Tejo Arum bertarung dengan memberikannya sebiji telur untuk dimakn. Lalu Tejo Arum telah menjadi raksasa dan menang dalam pertarugan itu. Tetapi malangnya dia tidak dapat bertukar semula menjadi manusia asal dan kembali kepada isteri kesayangannya. Tejo Arum terpaksa bertapa selama 350 tahun di sebuah gunung. Dia terpaksa meninggalkan Nyi Blorong sendirian.

TELAGA ANGKER (1984)

Seorang wanita telah diserang ketika perompak memecah masuk rumah mereka. Adik iparnya telah mati dibunuh didalam rumah, manakala wanita tersebut yang sarat mengandung telah melarikan diri menggunakan kereta tetapi malangnya dia juga turut dibunuh dan keretanya telah ditenggelamkan. Suaminya cuba mencari wanita tersebut tetapi gagal. Malam seterusnya wanita tersebut pulang tetapi di siang hari dia telah hilang semula. Suaminya yang cuba mencari penyerang adik dan isterinya telah menjadi korban. Disebabkan marah dan dendam, wanita itu telah bergentayangan mencari pembunuhnya. Dia telah membunuh seorang demi seorang penyerangnya.

ROH ILMU HITAM (1981)

Seorang wanita telah dituduh oleh orang kampung dimana dia telah dituduh menjadi seorang bomoh. Dia telah ditolak jatuh oleh orang kampung ke dalam sebauah gaung. Wanita tersebut telah diselamatkan oleh seorang lelaki, lelaki tersebut telah merawatnya sehingga sembuh dan mengajar wanita tersebut ilmu hitam untuk membalas dendam apa yang telah dilakukan oleh orang kampung kepadanya.

SANTET (1988)

Seorang lelaki yang mempunyai isteri yang sakit telah membunuh isterinya dan memfitnah seorang suami kepada seorang wanita cantik. Suami wanitaitu telah dibunuh dengan keja oleh orag kampung manakala wanita itu melarikan diri kesebuah gua. Dia berjumpa seorang bomoh yang mempunyai ilmu santet. Wanita tersebut telah berguru dengan bomoh tersebut dan membalas dendam diatas kematian suaminya.

HANTU AMBULANCE (2008)

Widya seorang nenek yang menyimpan rahsia sisi gelap anaknya selepas anaknya meninggal. Selepas 15 tahun cucunya yang sudah besar menjadi mangsa rahsia gelap ibunya.

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 4

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI