5 Filem Sedih Dari Sisi Mangsa Peperangan ( Berdasarkan Kisah Benar)

5
(1)

Filem-filem perang sering mendapat perhatian penonton, akan tetapi jarang sekali filem yang menampilkan sisi lain dalam sesebuah peperangan iaitu mangsa peperangan itu sendiri.

Kanak-kanak, remaja dan wanita adalah mangsa yang paling terkesan akibat peperangan. Disini 5 senarai filem yang mengetengahkan bagaimana mangsa-mangsa perang menjadi pelarian, kanak-kanak dieksploitasi, remaja menjadi mangsa penyeludupan antarabangsa dan lain-lain.

The Swimmers

Kisah benar yang mengisahkan 2 beradik yang terpaksa mengharungi sebuah kehidupan yang perit ketika melarkan diri dari menjadi mangsa peperangan di Syria. Sebelum terjadinya perang di Syria mereka adalah remaja yang berjaya dalam sukan renang sehingga ke peringkat Antarabangsa. Akan tetapi hidup mereka berubah apabila berlakunya peperangan. Mereka berdua terpaksa melalui jalan yang sukar kerana terpaksa berhijrah sebagai pelarian perang di German. Perjalan mereka ke German bukanlah mudah seperti yang disangka sehingga hampir meragut nyawa mereka sendiri.

TRAILER

First They Killed My Father

Filem ini adalah sebuah filem hasil dari arahan Angelina Jolie dimana kisah ini adalah kisah benar dari seorang mangsa perang kanak -kanak di Cambodia. Mengisahkan kanak-kanak yang baru sahaja berumur 5 tahun terpaksa berpisah dengan keluarganya. Setelah berpisah dengan keluarganya, dia telah diajar dan dilatih menjadi tentera pemberontak.

TRAILER

Flee

Flee adalah sebuah filem dokumentari animasi dari Denmark yang mengisahkan seorang lelaki di temubual. Lelaki ini tidak pernah memberitahu siapa-siapa tentang siapa dirinya. Setelah 20 tahun barulah dia terbuka untuk menceritakan kisahnya sebagai pelarian dari Afghanistan. Kehidupan lelaki ini tidak mudah, dimana dia terpaksa berpisah dengan keluarganya sehingga menjadi mangsa penyeludupan Antarabangsa.

TRAILER

Farha

Farha adalah sebuah filem yang berlatarbelakang tahun 1948 di Palestin. Farha hanyalah remaja yang baru berusia 14 tahun. Kehidupan Farha berubah apabila bapanya dijemput oleh sekumpulan tentera. Demi menyelamatkan Farha bapanya telah mengurung Farha di sebuah bilik peyimpanan dirumahnya. Sejak itu Farha terpaksa bertahan hidup disebuah bilik yang sangat peyimpanan yang gelap n tiada sumber yang mencukupi.

TRAILER

 

Beasts Of No Nation

Mengisahkan seorang kanak-kanak lelaki Agu menjadi mangsa eksploitasi perang saudara di Afrika. Selepas kejatuhan entera kerajaan, tentera pemberontak telah mengambil alih kawasan barat Afrika. Seorang pegawai tinggi tentera pemberontak telah mengambil Agu sebagai anak angkatnya. Demi nyawanya Agu terpaksa menerima segala arahan dari bapa angkatnya sehingga dia terpaksa membunuh orang yang tidak bersalah demi menyelamatkan nyawanya sendiri.

TRAILER

 

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 1

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI