PELAKON SQUID GAME DIBALING KUBIS DIWAJAHNYA

0
(0)

WANITA ITU MEMBALINGKAN SEBIJI KUBIS KE WAJAH SAYA! – Christian Lagahit pelakon Filipina yang juga pemain No. 276 Squid Game meluahkan perasaannya dan berkongsi pengalaman pahit ketika berada di Korea.

Masihkah anda ingat pemain No. 276 dalam siri drama Korea Squid Game yang menjadi salah satu fenomena industri perfileman Korea baru-baru ini? Mungkin juga ada yang terlepas pandang kerana dia hanya membawa watak kecil sahaja di dalam siri ini. Namun penglibatannya dalam siri Squid Game memberi impak besar dan positif kepada warga di negaranya. Mereka sangat berbangga dengan pencapaiannya walaupun hanya membawa watak kecil.

Baru-baru ini ketika ditemubual oleh Asian Boss tentang pengalamannya ketika berada di Korea semasa membuat penggambaran, Christian sempat meluahkan perasaannya dan berkongsi saat-saat pahit apabila seorang wanita tua yang berumur dalam lingkungan 50an dengan wajah yang penuh kebencian dan marah telah membalingkan sebiji kubs ke wajahnya! Kejadian itu berlaku ketika Christian berada dalam satu bas kampung kecil dan sempit bersama penumpang-penumpang lain. Christian duduk paling belakang sekali dan ramai yang berdiri selepas dia menyebabkan bas itu cukup sesak. Mula-mula dia telah menyedari seorang wanita tua memandang dia dengan sinis namun dia tidak mengendahkan pandangan wanita itu. Tiba-tiba dia terkejut apabila sebiji kubis dibalingkan ke wajah dia dan menyebabkan cermin mata yang dipakainya ketika itu jatuh dan pecah.

 

Christian mengalami masalah penglihatan rabun jauh dan kerana tiada pilihan lain, dia pakai juga cermin matanya yang telah retak itu. Dalam keadaan terpinga-pinga, Christian menanyakan wanita tua itu mengapa dia bertindak sedemikian. Namun wanita tua itu hanya mendiamkan diri sahaja sehinggalah salah seorang penumpang menjelaskan yang wanita tua itu tidak suka Christian berada di dalam bas yang sama kerana Christian adalah orang asing dan bas itu hanya untuk warga Korea sahaja! Ketika itu memang tiada satu pun bas untuk warga asing, namun dia tetap dihalau keluar dari bas itu sambil wanita tua itu menjerit seraya berkata:” Semua rakyat asing di Korea adalah jahat!”. Sadisnya, tiada seorang pun ketika itu yang memihak dan cuba membantu Christian.

Menurut Christian juga, situasi itu membuatkan dia hampir menangis. Namun apa yang membuatkan dia paling sedih dan terkilan bukanlah sebab dia telah dicampak dengan sebiji kobis tetapi layanan serta diskriminasi terhadap warga asing seperti dia dan sikap ketidakpedulian masyarakat di sekeliling.

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 0 / 5. KIRAAN BINTANG 0

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI