OPEN WATER DRIFT 2 (2007)

5
(1)

Sungguh tidak bijak, tinggalkan bayi di atas kapal layar untuk berenang dan bersenang-lenang dan akibatnya?

OPEN WATER DRIFT 2 (2007)

Filem ini diinspirasi daripada cerita pendek bernama Adrift yang ditulis oleh Koji Suzuki dari Jepun yang juga diambil dari kejadian sebenar yang pernah berlaku dimana sekumpulan kawan yang terdiri daripada Amy, James dan bayi mereka Sarah serta 2 orang kawan mereka Zach dan Dan yang membawa pasangan masing-masing pergi berlayar di sebuah lautan yang terletak di Mexico.

Namun kegembiraan mereka bertukar menjadi tragedi paling ngeri dalam hidup mereka apabila satu persatu dari mereka terperangkap, terapung-apung dan akhirnya ada yang sampai menemui ajal di tengah² lautan tanpa sebarang bantuan.

Dan yang paling tragisnya, ketika mereka ditimpa musibah di atas lautan yang luas itu, baby Sarah bayi James dan Amy ditinggalkan berseorangan di atas kapal layar ketika Sarah sedang tidur.

Apakah sebenarnya yang menyebabkan Amy, James dan kawan-kawannya semua terperangkap dan terapung-apung di atas lautan tanpa sebarang bantuan? Bagaimana pula dengan Sarah? Mengapa Amy dan James sanggup tinggalkan Sarah berseorangan di atas kapal? Apakah nasib baby Sarah akhirnya?

Sungguh underated filem ini, dari kisah dalam filem ini, terdapatnya pengajaran terutama kepada ibubapa yang pergi ke mana sahaja bersama anak-anak kecil, jangan sekali-kali tinggalkan mereka bersendirian di tempat yang sunyi, tertutup tatkala anak-anak masih belum mengerti. Selain itu, filem ini juga mengingatkan kita untuk tidak membuat sesuatu dengan terburu-buru tanpa memikirkan akibatnya.

“Really heartbreaking story”. Kasihan BABY SARAH, emosi dalam masa yang sama membuatkan kita turut sama berasa cemas ketika babak-babak mereka terperangkap di atas lautan!

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 1

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI