INNOCENT WITNESS (2019) “buat air mata merembes,menginsafkan”

5
(9)

INNOCENT WITNESS 

Filem Korea Selatan yang menyentak-nyentak perasaan.  Jung Woo Sung dan Kim Hyang Gi ternyata telah mempersembahkan mutu lakonan yang mampu tembus ke jiwa para penonton.

Filem yang meneroka jauh ke dalam minda dan hati seorang remaja autism yang menjadi saksi utama sebuah kes pembunuhan.

Sinopsis mungkin mengandungi spoiler:

Filem segar genre thriller drama dari korea selatan ni boleh buat menitis air mata .

Satu kematian berlaku,seorang warga tua mati dengan kepalanya dibalut plastik, sesak nafas! Lemas!

Pihak polis menahan pembantu rumah si mati kerana disyaki membunuh lelaki itu.

Penahanan itu berdasarkan testimoni seorang saksi yang mendakwa dia menyaksikan satu pembunuhan malam itu.

Saksi itu seorang gadis remaja bawah umur yang mengalami penyakit autism.

Seorang peguambela bertindak mewakili pembantu rumah yang dituduh membunuh itu. Dalam kepayahan, dia terpaksa membawa gadis autism tadi ke kandang saksi walau ditegah pihak pendakwa raya.

Dalam proses perbicaraan, si peguambela cuba mendekati saksi autism itu tadi, lama-kelamaan mereka menjalin hubungan baik dan Kepercayaan terbina.

Bagaimanakah kesaksian seorang yang istimewa dibawa ke mahkamah? Adakah benar apa yang dilihatnya?

Salah tafsir?

Khayalan dalam dunia sendiri? Kematian sudah berlaku,kebenaran perlu dicari.

Antara kekayaan dan prinsip, manakah menjadi pilihan?

Satu konflik yang menarik dipaparkan dalam filem ini.

Satu pendedahan yang membuka mata tentang insan istimewa yang autistic.

Wajib tonton!

Filem ini boleh juga di striming di platform viu ,amat mudah !

INNOCENT WITNESS
9/10

 

 

 

 

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 9

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI